Laptop Slow? Ram Atau SSD Yang Perlu Di Upgrade?

Mana satu yang lebih efisien antara ram vs ssd ? Upgrade RAM dan guna Hardisk atau kekalkan kapasiti RAM dan upgrade Hardisk (HDD) kepada Solid State Drive (SSD)?

Setiap pengguna Laptop/PC yang telah menggunakan laptop bertahun-tahun pasti akan menghadapi masalah seperti Laptop/PC lambat, tidak memuaskan, dan lambat terutama bagi mereka yang bekerja sebagai designer, ahli perniagaan dan sebagainya termasuk gamers.

Apabila masalah sebegini sering berlaku, seseorang itu sudah tentu akan berasa sangat tertekan dan kecewa kerana tidak dapat menyiapkan tugasan dengan tenang dan cepat tanpa sebarang gangguan.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi dengan anda sama ada anda perlu menaik taraf RAM atau Hard disk untuk meningkatkan kelajuan komputer riba anda.

RAM VS SSD

Apakah yang dimaksudkan dengan RAM dan fungsinya?

Ram laptop dan pc
Ram laptop dan pc

RAM Komputer (Random Access Memory) merupakan jenis penyimpanan sementara.

Ia adalah memori utama dalam komputer dan berfungsi sebagai medium penyimpanan sementara ketika komputer sedang beroperasi.

Selain itu, apabila komputer riba dimatikan, semua data dalam RAM akan hilang. RAM sentiasa diklasifikasikan sebagai memori utama komputer dan bertindak sebagai supporter processor semasa melakukan pemprosesan komputing.

Perlukah upgrade ram?

Random Access Memory (RAM) ialah upgrade untuk laptop yang boleh anda buat. Sebenarnya, upgrade ram tidak mempunyai banyak kelebihan, kerana ia tidak akan mempercepatkan sebarang software pada laptop.

Di samping itu, upgrade ram juga tidak akan meningkatkan prestasi untuk bermain game, kerana peningkatan ram laptop hanya sesuai untuk orang yang menjalankan banyak program (multitasking) pada masa yang sama.

Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan software seperti seperti Adobe Photoshop, video editing, Software Virtual Machine, VMware, Oracle VirtualBox, dll. Software ini memang memerlukan kapasiti RAM yang besar, kerana dapat dibuktikan apabila RAM menjadi lebih besar, Software Virtual Machine akan menjadi lebih pantas daripada sebelumnya.


Secara amnya, 8GB RAM adalah mencukupi untuk kebanyakan pengguna komputer riba.

Langkah-langkah untuk mengetahui samada RAM perlu di upgrade atau tidak:

  1. Buka software yang anda kerap gunakan, seperti Adobe Photoshop dan Google Chrome.
  2. Minimize software selepas dibuka
  3. Buka task manger, klik performance kemudian klik memory.
    *(Jika tidak/bukan 80%, ia bukan masa untuk upgrade kerana ia masih mencukupi)
Memory ram
Memory ram

Apa definisi Hardisk dan Fungsinya?

Hardisk merupakan salah satu komponen (hardware) yang menyokong komputer riba/PC, dan menyediakan ruang untuk menyimpan data atau output daripada pemprosesan data yang dilakukan oleh komputer dan manusia.

Hard disk menyimpan data secara kekal. Walaupun komputer riba/PC dimatikan atau tidak dihidupkan, data dalam Hard disk akan kekal di sana, melainkan ia dipadamkan secara manual atau Hard disk dijangkiti virus yang menyebabkan semua data hilang tanpa disedari.


Fungsi Hardisk adalah untuk menyimpan data secara kekal dalam sektor yang tersedia pada disk untuk dibaca dan ditulis. Berbeza dengan fungsi RAM, fungsi RAM hanya untuk menyimpan data sementara.

Perlukah upgrade hard disk?

HDD vs SSD

Upgrade hard disk (HDD) kepada solid state drive(SSD).

SSD adalah upgrade yang sangat berbaloi yang boleh dilakukan tanpa halangan atau teragak-agak.

Mengapa upgrade kepada SSD?
Apabila upgrade Hardisk kepada SSD, terdapat banyak perubahan prestasi berbanding penggunaan Hardisk.

  1. Boot ke dalam Windows hanya mengambil masa beberapa saat, lebih pantas daripada HDD.
  2. Masa untuk SSD membuka atau memindahkan fail/dokumen/perisian adalah lebih baik dan cepat daripada HDD.
  3. SSD format lebih laju daripada HDD.

Kelebihan SSD:

  1. Simpan data dengan lebih selamat dan tahan lama.
  2. Lebih tahan lama daripada HDD.
    (Jika komputer riba terjatuh atau terlanggar, risiko kerosakan SSD adalah sangat tipis, dan mungkin mustahil)
  3. Penggunaan SSD sangat menjimatkan bateri komputer riba.
  4. Berbanding dengan HDD, tiada bunyi yang dikeluarkan.
  5. 10 kali lebih pantas daripada HDD.
  6. Saiz lebih kecil dan berat lebih ringan.

Mana satu yang patut diupgrade antara Ram vs SSD?


Perkara yang perlu anda tingkatkan bergantung pada penggunaan anda. Tanpa sebarang halangan, sesiapa sahaja boleh memilih untuk menaik taraf RAM atau hard disk.

Pada pendapat kami, upgrade daripada HDD kepada SSD adalah lebih berkesan dan mempunyai kelebihan yang dinyatakan sebelum ini.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang suka menyelesaikan tugas dengan cepat, seperti kelajuan pemindahan data teratur, dll.

SSD juga lebih baik, dan sudah tentu ia akan membuatkan pengguna komputer riba berasa sangat gembira dan berpuas hati, tanpa sebarang gangguan dan tekanan.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top