Windows update untuk meningkatkan prestasi, membaiki masalah, dan menambah ciri baharu.
Secara ideal, setiap update sepatutnya berjalan lancar, tetapi kadangkala ia gagal.
Kebanyakan masa, kegagalan ini berlaku kerana beberapa sebab tertentu.
Berikut adalah lima punca biasa:
1. Storan Tidak Mencukupi

Komputer anda memerlukan free storage untuk install updates.
Jika ruang storan penuh, Windows tidak dapat download fail penting untuk update, menyebabkan kegagalan.
Apa yang berlaku?
- Windows perlukan ruang untuk download files.
- Jika storan rendah, update tidak dapat dipasang dengan sempurna.
Apa yang boleh anda buat:
- Padam fail yang tidak diperlukan atau pindahkan ke external drive.
- Semak ruang storan sebelum menjalankan Windows update.
2. Terlalu Banyak Updates Dalam Queue

Windows sering menerima updates, dan kadangkala ada banyak updates yang menunggu untuk diinstall.
Sesetengah updates perlu diinstall terlebih dahulu sebelum yang lain.
Apa yang berlaku?
- Sesetengah updates seperti Servicing Stack Update membantu Windows mengurus updates seterusnya.
- Jika anda tidak menginstallnya, updates lain mungkin gagal.
Apa yang boleh anda buat:
- Install updates secara berkala untuk mengelakkan terlalu banyak updates yang tertunggak.
- Dahulukan updates yang berkaitan dengan sistem utama terlebih dahulu.
3. Konflik Drivers
Drivers membantu Windows berfungsi dengan hardware komputer anda (seperti graphics card, printer, dan sebagainya).
Kadangkala, drivers yang lama atau tidak serasi boleh menyebabkan masalah.
Apa yang berlaku?
- Driver yang bermasalah boleh menyebabkan sistem tidak stabil dan updates gagal.
- Driver tertentu (seperti GPU atau sound card) mungkin tidak serasi dengan Windows.
Apa yang boleh anda buat:
- Sentiasa kemas kini drivers ke versi terkini.
- Jika driver update menyebabkan masalah, lakukan rollback ke versi yang lebih stabil.
4. Fail Sistem Windows Rosak

Windows bergantung kepada banyak system files untuk berfungsi. Jika mana-mana fail ini rosak, ia boleh menyebabkan masalah, termasuk kegagalan updates.
Apa yang berlaku?
- Fail yang rosak menghalang updates daripada diinstall.
- Sistem mungkin menjadi tidak stabil atau memaparkan error messages.
Apa yang boleh anda buat:
- Jalankan System File Checker (SFC) scan untuk mengesan dan membaiki fail yang rosak.
- Sebelum menjalankan SFC scan, gunakan DISM (Deployment Image Servicing Scan) untuk membaiki isu yang lebih dalam.
5. Windows Update Service Bermasalah
Windows Update Service bertanggungjawab untuk menyemak, memuat turun, dan menginstall updates secara automatik.
Jika perkhidmatan ini tidak berfungsi dengan baik, updates boleh gagal.
Apa yang berlaku?
- Windows mungkin menunjukkan error seperti “Windows Update cannot check for updates because the service is not running.”
- Sistem tidak akan memuat turun atau menginstall updates.
Apa yang boleh anda buat:
- Restart Windows Update Service secara manual.
- Boot ke dalam Safe Mode, padam update cache, dan restart PC anda.
Pastikan Windows Sentiasa Dikemas Kini
Windows updates penting untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik, membaiki masalah, dan meningkatkan keselamatan.
Untuk mengelakkan kegagalan updates, pastikan storage mencukupi, drivers sentiasa dikemas kini, dan Windows Update Service berfungsi dengan baik.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech