Mengapa Penting untuk Install Windows Updates?

Pernah terfikir mengapa penting untuk install windows update?

Kebanyakan updates ialah security updates. Isu keselamatan adalah masalah yang paling teruk kerana ia mungkin dieksploitasi oleh malware dan hacker. Situasi ini selalu terjadi dalam pelbagai bahagian Windows misalnya, ActiveX, Internet Explorer dan .Net Framework.

Updates lain pula menangani bugs dan isu lain dalam Windows anda. Walaupun mereka tidak bertanggungjawab terhadap kelemahan keselamatan, mereka menjaga kestabilan Operating system anda.

Akhir sekali, windows updates disertakan dengan ciri baharu, serta menangani beberapa isu yang timbul – dan contoh terbaik untuk ini ialah Internet Explorer.

Kebanyakan komputer mempunyai windows updates yang ditetapkan kepada “Install Updates Automatically“, yang merupakan setting yang disyorkan. Walau bagaimanapun, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat windows update secara manual. Ini caranya:

  1. Buka control panel.
  2. Taip Windows Updates dalam search bar.
  3. Klik pada “Check for Updates”. Jika ada updates baru, anda boleh klik “Install”.
  4. Windows updates ada 3 peringkat. Downloading, installing dan restart.
  5. Download semua updates yang ada, tunggu sehingga proses install selesai kemudian boleh klik restart.

Ada yang cakap selepas install updates, laptop tidak boleh on ataupun crash. Terjadinya masalah dan laptop tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Ada juga yang mengatakan Windows mereka automatically update dari Windows 10 ke Windows 11. Memang up to date tetapi tidak stabil.

Jadi disini saya berikan anda pilihan untuk disable windows update anda selamanya. Boleh enable balik menggunakan cara yang sama.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top