Cara Disable Windows 10 Update

Saya selalu menerima aduan tentang masalah yang timbul apabila Windows install update secara automatik. Jadi hari ini saya akan kongsikan cara disable windows 10 update di komputer atau laptop anda.

Ada yang cakap selepas install updates, laptop tidak boleh on ataupun crash. Terjadinya masalah dan laptop tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Ada juga yang mengatakan Windows mereka automatically update dari Windows 10 ke Windows 11. Memang up to date tetapi tidak stabil.

Jadi disini saya berikan anda pilihan untuk disable windows 10 update anda selamanya. Boleh enable balik menggunakan cara yang sama.

  • Taip msconfig di ruangan carian komputer anda.
  • Selepas itu, satu pop-up akan muncul. Anda boleh pilih Services.
  • Kemudian, scroll down ke bawah dan cari Windows Update.
  • Anda boleh nampak yang Windows Update ditandakan dengan simbol ☑️
  • Anda boleh Untick Windows Update untuk disable automatic updates dari Windows.
  • Tekan Apply dan OK kemudian Restart komputer anda.

Penting untuk anda tahu bahawa terdapat kebaikan dan keburukan jika anda off windows update. Keburukannya anda tidak akan mendapat features terkini untuk operating system anda dan boleh mengakibatkan driver anda outdated. Driver yang outdated menyebabkan hardware anda tidak berfungsi serta mengundang masalah lain.

Kebaikannya komputer anda install update secara automatik. Windows update juga mengambil masa yang lama ketika proses shutdown atau start up kerana ia akan lengkapkan proses update setiap kali anda on atau off komputer. Tetapi ini semua membolehkan operating system anda stay up to date.

Pendapat saya, lebih baik biarkan saja Windows install update secara automatik kerana ia akan install features yang terkini ke dalam operating system anda.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top