Cara Paling Mudah Masuk Windows 10 Safe Mode

Bagaimanakah cara untuk masuk Windows 10 safe mode?

Saya berikan anda satu contoh situasi iaitu ketika anda sedang menggunakan laptop atau komputer anda, device anda tiba-tiba memaparkan bluescreen. Lebih malang lagi, tiada juruteknik berdekatan kawasan anda. Apakah yang perlu anda lakukan?

Jika anda pernah mengalami situasi seperti diatas, anda kini berada di tempat yang betul. Jika tidak, saya yakin suatu masa nanti pasti anda akan mengalaminya juga. Jadi penting untuk anda tahu apa yang perlu dilakukan disaat terjadinya masalah seperti ini.

Apa itu Safe Mode? Apakah fungsinya?

Safe Mode ialah satu feature yang terdapat dalam Operating System anda. Ianya sering digunakan untuk melakukan troubleshooting apabila terjadinya masalah.

Dalam Windows 10 Safe Mode, Windows hanya akan menggunakan driver dan program yang penting sahaja semasa proses start up. Maka dengan ini segala setting dan software yang bermasalah tidak akan berfungsi dan kita boleh membaikinya tanpa sebarang gangguan.

Pelanggan saya ada membuat panggilan dan menerangkan kepada saya situasi yang dialaminya ketika menggunakan laptop. Katanya, laptop yang digunakannya tiba-tiba terjadi bluescreen. Jadi saya cadangkan untuk troubleshoot masalah tersebut menggunakan Safe Mode.

Jadi bagaimana caranya?

  • Shutdown laptop anda. Boleh terus force shutdown dengan hold power button.
  • Switch on laptop anda semula dan pastikan logo Windows sudah dipaparkan pada skrin.
  • Apabila logo Windows sudah dipaparkan pada skrin, matikan laptop anda semula. Boleh terus matikan dari soket plug atau force shutdown dengan tekan dan hold power button.
  • Ulangi langkah diatas selama 3 kali.
  • Langkah yang ketiga, apabila logo Windows dipaparkan pada skrin, biarkan saja.
  • Komputer anda akan masuk ke Recovery Mode.
  • Terdapat 3 pilihan iaitu Continue, Troubleshoot, dan Turn off your PC.
  • Pilih Troubleshoot kemudian pilih Advanced Options.
  • Kemudian pilih Startup Settings dan Restart komputer anda.
  • Komputer anda akan Reboot dan anda boleh tekan nombor 4 iaitu Enable Safe Mode. Jika anda ingin menggunakan internet semasa safe mode, boleh tekan nombor 5.
  • Komputer anda akan masuk ke Safe Mode dan anda boleh mula buat troubleshooting.

Apa Yang Perlu Anda Buat Ketika Dalam Safe Mode?

  • Jika anda rasakan malware yang menyebabkan terjadinya masalah pada komputer anda, anda boleh run aplikasi antivirus untuk buang malware tersebut.
  • Jika baru-baru ini anda ada install program dan menyebabkan komputer anda bermasalah, anda boleh uninstall program tersebut dengan mudah dalam safe mode.
  • Jika anda rasakan driver anda yang menyebabkan sistem anda tidak stabil, anda boleh update driver tersebut dalam safe mode.

Jika komputer anda masih crash walaupun dalam safe mode, ini bermakna ada masalah pada hardware anda. Anda kena berhubung dengan juruteknik komputer berhampiran anda.

Sebaik sahaja masalah anda selesai, anda boleh kembali ke mode normal dengan melakukan restart pada komputer anda.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top