5 Sebab Utama Laptop Slow

Kebanyakan aduan yang saya terima dari pelanggan ialah laptop slow ketika menaip, ketika bermain game, melayari internet, membuat tugasan dan sebagainya.

Laptop yang slow sangatlah mempengaruhi kehidupan kita terutama sekali dari segi prestasi kerja. Kerja cepat jadi lambat. Kerja boleh siap terpaksa ditangguhkan akhirnya tak siap-siap.

Laptop merupakan alat elektronik yang kita boleh bawa kemana sahaja untuk melakukan tugasan. Ini kerana saiz dan beratnya yang ringan berbanding dengan PC yang agak besar dan sukar untuk kita set up bagi memulakan kerja.

Jadi berbalik kepada topik hari ini, ada beberapa sebab laptop menjadi slow, hang atau freeze.

1. RAM Tidak Mencukupi

Sesetengah tugasan memerlukan kapasiti ram yang cukup untuk mengurangkan hang atau lag. Ram yang tidak cukup menyebabkan prestasi laptop anda terjejas. Misalnya anda selalu multitasking. Buka Microsoft Office, buka Youtube, buka gmail memerlukan kapasiti ram yang cukup untuk mengelakkan daripada program anda hang.

RAM

Software-software editing untuk gambar, audio, dan video antara software yang memerlukan ram yang besar untuk penggunaan yang lebih lancar.

2. Terlalu Banyak Software & Fail

Ini juga merupakan salah satu punca laptop anda hang. Software dan fail yang terlalu banyak sudah tentu menggunakan ruang memori yang banyak. Bila ruang memori yang digunakan terlalu banyak, maka ia akan menyebabkan prestasi laptop anda slow sehingga hendak membuka file atau folder pun sangat perlahan.

3. Kipas Laptop Rosak

Setiap laptop mempunyai kipas bertujuan untuk menyejukkan laptop tersebut semasa digunakan. Saiznya juga berbeza-beza mengikut kegunaan bagi setiap laptop. Kipas yang rosak akan menyebabkan laptop anda overheat dan seterusnya menjejaskan prestasi laptop anda.

4. Diserang Virus

Laptop yang dimasuki virus juga antara faktor penyebab laptop anda menjadi slow. Gangguan virus akan merosakkan operating system laptop anda dan seterusnya mengakibatkan prestasi laptop anda menurun. Cara yang berkesan untuk membuang virus ialah dengan format laptop anda.

5. Masih Menggunakan Hard Disk

Ini sangat jelas menunjukkan yang anda perlu upgrade laptop anda. Jangan mengharapkan pada hard disk kerana banyak sangat keburukannya. Ia tidak tahan panas, berisiko tinggi untuk rosak dan juga menghilangkan data penting anda. Prestasi laptop anda akan meroket naik jika anda tukarkan hard disk anda kepada SSD. Silakan tanya mana-mana juruteknik dan buat research tentang SSD.

Dalam blog ini saya selalu tekankan tentang penggunaan SSD kerana terlalu banyak aduan tentang laptop slow, data syarikat hilang, gambar kahwin hilang, gambar keluarga hilang dan macam-macam lagi. Semua ini angkara penggunaan hard disk.

Jadi jangan tunggu lama lagi. Upgrade ke SSD sekarang!

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top