Cara Dapatkan Unlimited Data Hotspot Untuk Laptop Dari Smartphone

Katakanlah anda langgan unlimited internet untuk phone anda selama sebulan, tetapi untuk hotspot pasti limited kan? Contohnya, pengguna Umobile seperti saya melanggan GX38 setiap bulan dan dapat unlimited internet tetapi hotspotnya hanya 6GB sahaja.

Jadi ini berita baik untuk student yang selalu kehabisan data hotspot, juga meringankan beban kepada golongan pengguna yang bekerja menggunakan laptop dimana sahaja. Tidak perlu risau lagi data hotspot anda habis dan tidak perlu lagi terkial-kial mencari free wifi.

Bagaimana caranya dan apakah yang diperlukan?

Sudah tentu anda perlukan smartphone anda untuk dijadikan sebagai wifi hotspot dan laptop atau komputer yang memerlukan internet.

Baiklah kita mulakan. Anda boleh copy dan paste code yang saya berikan dibawah.

  • Taip Command Prompt di ruangan carian laptop anda dan klik Run as administrator.
  • Kemudian klik Yes.
  • Anda akan nampak paparan seperti gambar dibawah ini.
  • Seterusnya boleh taip code ini : netsh int ipv4 show global
  • Klik Enter. Paparan seperti gambar dibawah akan muncul.
  • Kemudian taip code ini : netsh int ipv4 set global defaultcurhoplimit=129
  • Klik Enter.
  • Akhir sekali taip code ini : netsh int ipv6 set global defaultcurhoplimit=129
  • Klik Enter.

Selepas itu anda boleh close Command Prompt dan Restart dan nikmati unlimited wifi hotspot dari smartphone ke laptop anda.

Setting ini adalah kekal. Anda tidak perlu set up setting ini semula apabila anda Restart, atau Start up laptop anda kecuali anda Format laptop anda.

Jika anda memerlukan bantuan, bolehlah menghubungi kami di Contact Us atau terus ke Live Chat kami dengan menekan icon sebelah kanan bawah di skrin anda.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top