Reboot And Select Proper Boot Device Or Insert Boot Media

Seorang pelanggan menghubungi saya dan menghantar skrinshot error yang bertulis “Reboot And Select Proper Boot Device Or Insert Boot Media“.

Ada sesiapa pernah nampak error seperti ini?

Berdasarkan pengalaman, jika operating system anda bermasalah atau hardware anda rosak, Windows akan mengeluarkan pelbagai error ketika anda hendak startup laptop atau komputer anda.

Salah satu error yang biasa keluar ialah Reboot And Select Proper Boot Device Or Insert Boot Media. Kenapa terjadinya masalah ini?

Baiklah saya akan terangkan.

Punca Masalah

  • Ini terjadi kerana BIOS sytem tidak dapat mengesan boot device iaitu tempat operating system diinstall.
  • Ini juga terjadi kerana boot order yang tidak betul. Hard disk anda mesti disenaraikan dalam boot order untuk komputer berfungsi seperti biasa.

Cara Atasi Masalah

1. Periksa Boot Order anda

Penyelesaian yang paling senang ialah untuk memastikan hard disk anda berada di senarai pertama dalam boot order .

Caranya :

  • Restart komputer anda.
  • Tekan key yang berkaitan untuk masuk menu BIOS. Key ini berbeza-beza mengikut model komputer. Kadang-kala key ini akan dipaparkan pada skrin ketika mula-mula komputer dihidupkan. Antaranya ialah EscDelF2F8F10 or F12.
  • Jika skrin anda memaparkan pelbagai key, cari “BIOS”, “setup” atau “BIOS menu”.
Key di sebelah kanan atas
  • Klik Boot Menu.
  • Tukar Boot Order dan senaraikan Hard Disk anda di tempat yang pertama.
  • Save setting tersebut dan Restart komputer anda.

2. Periksa Hard Disk anda

Masalah ini juga terjadi disebabkan kegagalan hardware anda untuk berfungsi iaitu hard disk. Hard disk yang rosak menyebabkan ia tidak boleh dikesan di BIOS menu. Cara untuk memastikan hard disk anda masih berfungsi atau tidak ialah dengan memeriksa hard disk tersebut.

Anda kena membuka laptop atau komputer anda dan mengeluarkan hard disk tersebut. Apabila sudah dikeluarkan, plug in ke device lain untuk tengok samada ianya boleh dikesan atau tidak. Kita boleh nampak petanda jika hard disk tersebut rosak.

Jika hard disk boleh dikesan, saya sarankan supaya anda segera membuat data backup kerana anda berisiko tinggi untuk kehilangan data anda.

Kemudian sebaiknya jangan pakai hard disk tersebut. Anda patut beralih ke SSD. Ini 10 kelebihan menggunakan SSD,

Jika hard disk anda tidak boleh dikesan dan terdapat data penting anda di dalam, anda kena berhubung dengan juruteknik berdekatan anda untuk mendapatkan servis hard disk recovery.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top