10 Kelebihan Komputer Yang Menggunakan SSD

Laptop anda beli harga ribu-ribu tapi prestasinya sangat slow? Mari saya terangkan.

Dalam blog ini, saya memang selalu tekankan tentang kepentingan penggunaan SSD. Ini kerana ianya merupakan satu keperluan bagi komputer dan laptop anda.

Bagi yang tidak jelas apa itu SSD, SSD (Solid State Drive) ialah storan berteknologi baru dan moden berbanding hard disk biasa yang biasanya digunakan pada kebanyakan laptop dan komputer.

Pendek kata, SSD lebih laju daripada Hard disk (HDD). Penggunaan hard disk itulah yang melambatkan laptop/komputer anda, seterusnya membuang masa anda, melambatkan kerja anda dan produktiviti anda pun kurang.

Ini 10 Kelebihan Menggunakan SSD

1. SSD boleh membaca dan menulis data (Read/Write Speed) 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa. Contohnya, hard disk mempunyai RW speed 50-120 MB/s manakala SSD pula mempunyai RW speed 500-550 MB/s.

2. Melajukan boot komputer anda kurang daripada 30 saat.

3. Dengan SSD, penggunaan lebih lancar dan responsif. Sebagai contoh apabila anda start up, restart, shut down, transfer fail, menggunakan browser dan sebagainya.

4. Penggunaan software Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya lebih respnsif, laju dan meningkatkan produktiviti anda.

5. Untuk gamers, penggunaan SSD melajukan loading screen dan mengurangkan sluttering semasa bermain game.

6. Menpunyai fungsi “DevSleep” iaitu menjimatkan penggunaan bateri.

7. Tiada komponen mekanikal yang bergerak dan membuatkannya lebih tahan lasak serta kurang risiko kehilangan data penting.

8. Lebih senyap, sejuk, tiada bunyi “spinning” seperti hard disk, dan kurang risiko untuk overheat.

9. Lebih ringan berbanding hard disk.

10. Harganya lebih murah berbanding 3-5 tahun lepas dan ianya berbaloi untuk anda invest sedikit bagi mendapatkan kelajuan dan meningkatkan produktiviti.

Baru-baru ini saya ada upgrade laptop pelanggan saya menggunakan SSD. Video saya kongsikan di bawah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top