Cara Atasi Masalah Operating System Not Found

Kepada pengguna laptop mahupun desktop, pasti anda pernah mengalami masalah operating system not found. Mungkin ada juga yang tidak pernah alami masalah tersebut tetapi pernah terdengar dan nampak tentang error ini.

Punca Masalah

Ini terjadi apabila operating system anda corrupted ataupun rosak. Operating system yang saya maksudkan disini ialah Windows 7, 8, 10 dan 11. Ia juga boleh terjadi apabila hard disk anda mengeluarkan tanda-tanda awal sebelum rosak.

Jadi anda kena ambil tahu tentang hal ini kerana ia melibatkan data penting didalam hard disk anda. Jika anda terus mengendahkan masalah ini, kemungkinan besar anda akan kehilangan data anda.

OS NOT FOUND
OS NOT FOUND

Cara Mengatasinya

Pertama sekali apabila anda mengalami masalah seperti ini, anda kena fikirkan cara untuk membuat data backup. Namun, sudah tentu sukar untuk membuat data backup kerana tidak dapat boot ke Windows.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk membongkar laptop, saya sarankan agar anda dengan segera menghubungi juruteknik komputer. Sebab masalah ini melibatkan data anda didalam. Jika anda tidak mempunyai data penting tidak mengapa. Tetapi bagi sesiapa yang mempunyai data penting yang tidak ternilai harganya, baik hubungi technician secepat mungkin.

Jika anda mempunyai pengetahuan asas untuk membongkar laptop, anda boleh cuba langkah-langkah ini.

  • Pastikan anda membuka bateri terlebih dahulu untuk elakkan litar pintas. Sesetengah laptop mempunyai bateri di dalam. Bagi yang mempunyai bateri di luar, mudahlah kerja anda.
Signs laptop needs new battery
  • Kemudian, anda boleh mengeluarkan hard disk anda. Anda kena sangat berhati-hati apabila terdapat kerja yang melibatkan hard disk. Ini kerana hard disk merupakan komponen yang sensitif. Mudah rosak apabila terjatuh, terdedah kepada haba dan sebagainya.
img 55ff43a800e80
  • Setelah keluarkan hard disk anda, anda boleh membuat data backup dengan menyambungkan hard disk anda di laptop atau desktop lain. Jika anda bernasib baik, hard disk anda masih boleh dibaca (berfungsi).
61fbECekwRL. AC UF350350 QL80
  • Langkah terakhir ialah format. Sesudah membuat data backup, anda kena masukkan semula hard disk anda di tempat asal. Untuk format anda kena tahu peralatan yang diperlukan dan cara-caranya. Jika anda membuat kesilapan, operating system anda akan bermasalah.
220106 NA Blogbanner DebunkingImageBasedBackupMyth ss

Untuk pengetahuan anda, proses data backup dan format mengambil masa yang lama. Data backup bergantung kepada saiz data didalam hard disk anda. Format pula bergantung dengan kelajuan hard disk anda.

Kedua-dua proses ini bergantung dengan prestasi hard disk. Seperti yang anda sedia maklum, prestasi hard disk memang teruk dan sangat slow. Untuk tingkatkan prestasi laptop, upgrade ke SSD.

Video di bawah saya kongsikan pengalaman saya membaiki laptop pelanggan saya yang menghadapi masalah Operating system not found.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top