2 Punca Utama Laptop Black Screen

Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda switch on laptop anda, tetapi skrin tidak memaparkan apa-apa (black screen). Anda boleh lihat ada lampu dan bunyi kipas yang menandakan laptop tersebut sudah dihidupkan tetapi tidak ada sebarang paparan pada skrin.

Jika anda pernah mengalami situasi seperti yang dinyatakan diatas, jangan gelabah. Anda boleh mengenalpasti masalah tersebut dengan merujuk kepada maklumat yang saya kongsikan disini.

Pengalaman ini saya kongsikan kepada anda berdasarkan apa yang saya hadapi sepanjang karier saya menjadi juruteknik komputer. Berikut merupakan beberapa punca yang berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya black screen.

Software

  • Software yang baru diinstall tidak serasi dengan Operating System.
  • Device driver biasanya Graphic Card mempunyai Software Bug. Anda boleh klik di sini untuk memastikan driver anda sentiasa update : Senarai Software Driver Updater Terbaik
  • Masalah pada Windows Registry.
  • Terdapat masalah keserasian dengan Windows Update Security.

Hardware

  • Ram rosak atau kotor.
  • Kabel LVDS terputus atau tercabut.
  • Skrin komputer rosak.
  • Data di Bios hilang atau rosak.
  • Komponen Motherboard rosak akibat litar pintas.

Untuk memastikan sama ada ianya berpunca daripada masalah software atau hardware, perhatikan jika black screen ini berlaku sebelum atau selepas logo Windows muncul.

Jika selepas, maka ianya masalah software.

Jika black screen berlaku sepanjang masa, maka anda harus memeriksa hardware anda.

Sudah tentu untuk mengatasi masalah black screen, anda perlukan pengetahuan teknikal tentang software dan hardware komputer. Bagi yang ingin mencuba sendiri untuk membaiki masalah tersebut, anda boleh cuba membaikinya dengan berpandukan video tutorial di Youtube.

Namun, bagi yang tidak mahu mengambil risiko yang menyebabkan kerosakan menjadi lebih serius, anda boleh gunakan servis dari juruteknik komputer yang berdekatan.

Berikut merupakan video saya membaiki masalah black screen pada laptop pelanggan saya.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top