3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih SSD

Ramai juga yang bertanya tentang tips memilih SSD. Apakah jenama yang terbaik? Apakah yang perlu kita tahu sebelum membeli SSD? Teruskan membaca.

Anatomy HDD and SSD

Anda mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:

  • Program selalu freeze atau hang
  • Games tiba-tiba lag
  • Laptop masih slow walaupun sudah format
  • Sudah tukar Hard Disk baru tetapi masih slow

Jika masalah ini tidak diselesaikan, banyak tugas penting akan tertangguh, dan akan menjejaskan produktiviti kerja anda secara langsung.

Jadi, apakah penyelesaiannya?

Gunakan Solid State Drive (SSD) untuk memberi komputer riba anda peluang kedua.

Samsung 960 PRO SSD

Mengapa beralih kepada SSD?

  • Kelajuan membaca dan menulis adalah 20 kali lebih cepat daripada hard disk biasa
  • Kurang daripada 10 saat untuk boot up laptop
  • Start up, shutdown, copy file, browse Internet, scan virus, lebih lancar dan responsif
  • Perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan Premiere lebih responsif dan meningkatkan produktiviti
  • Mempercepatkan proses loading semasa bermain game
  • Menjimatkan penggunaan bateri komputer riba
  • Memandangkan tiada bahagian mekanikal yang bergerak, ia tahan lama dan kurang risiko kehilangan data apabila terjatuh
  • Lebih ringan, lebih senyap, lebih sejuk

Apa itu SSD @ Solid-State Drive ?

SSD adalah solid-state drive atau solid-state disk yang menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk menyimpan data secara berterusan.

Ia berbeza dengan pemacu cakera keras (HDD) atau cakera liut (floppy disk) yang mengandungi cakera berputar dan read/write heads.

Ia juga lebih tahan kepada kejutan fizikal, lebih senyap, masa capaian lebih pantas dan latency yang lebih rendah.

Samsung 860 EVO SSD

Walaupun harganya terus menurun dari masa ke masa, sehingga 2018 ia masih mahal untuk tujuan penyimpanan data berbanding dengan HDD.

Setakat 2017, kebanyakan SSD menggunakan ingatan flash berasaskan 3D TLC NAND, iaitu non-volatile memory.

Non-volatile memory bermaksud ia mampu mengekalkan data biarpun bekalan kuasa telah ditutup atau dimatikan.

Sila perhatikan 5 perkara ini sebelum membelanjakan wang anda :

  • Saiz storage
  • Brand
  • Warranty

1. Saiz storan

Ini adalah perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan. Tentukan berapa banyak ruang storan yang anda perlukan.

Kerana lebih besar kapasiti storan yang anda pilih, lebih tinggi kos SSD.

Berikut adalah saiz storage SSD serta penerangannya.

  • 32 GB : Ini adalah penggunaan paling asas. Dengan kapasiti storan yang begitu kecil, apakah yang boleh anda harapkan?
  • 64 GB : Masih terhad kepada pemasangan sistem pengendalian (OS), dan hanya boleh menyimpan beberapa program anda.
  • 120 GB/128 GB : Ia cukup untuk pemasangan operating system, tetapi storan untuk media dan games masih terlalu terhad di sini.
  • 240 GB/250 GB : Selain dapat menyimpan media dan beberapa games, memasang operating system adalah lebih daripada mencukupi. Pilihan kebanyakan pengguna di Malaysia.
  • 480 GB/500 GB : Sangat disyorkan untuk pemasangan operating system, storan media dan permainan. Pilihan kebanyakan pemain tegar.
  • 1 TB/2 TB : Bagi golongan bangsawan, ini hanya mereka yang banyak menyunting foto dan video serta bermain permainan serta menyimpan dokumen, foto, muzik dan video.
SanDisk Ultra 3D SSD

Dari nasihat saya, sekurang-kurangnya cuba dapatkan 120 GB atau 240 GB untuk pemula.

Jika wang tidak menjadi masalah, pilih saiz storan 480 GB atau 500 GB.

2. Jenama

Seperti yang anda tahu, harga SSD tidaklah murah.

Sebelum membeli SSD, sila pertimbangkan jenama berikut. Antaranya:

Top SSD Brands

Membeli SSD tanpa nama (jenama yang tidak diketahui) hanya akan menyebabkan masalah.

Secara amnya, berbanding SSD yang saya senaraikan di atas, harganya jauh lebih rendah.

Ingat!

Jika anda mengambil berat tentang data anda, jangan ambil risiko memilih jenama SSD yang kurang popular.

3. Jaminan

Memandangkan teknologi ini masih dalam peringkat “bayi”, SSD tidak 100% boleh dipercayai seperti HDD.

Berita baiknya ialah pengeluar telah bekerja keras untuk menambah baik perkakasan dan perisian tegar dalam SSD mereka.

Apabila memilih SSD, sebaiknya cari jaminan 3-5 tahun (yang paling biasa, tetapi ada yang selama 10 tahun).

5 Years Warranty

Waranti jangka panjang bermakna pengeluar yakin SSD mereka boleh menahan sebarang kerosakan dalam tempoh ini.

Anda boleh mengurangkan risiko ini dengan membeli jenama terkenal untuk hayat perkhidmatan yang lebih lama dan prestasi yang lebih baik.

Sekian ini sahaja tips memilih SSD daripada kami.

Masih ada pertanyaan? Tinggalkan komen anda di bawah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top