3 Tanda Hard Disk Mula Rosak

tanda-hard-disk-mula-rosak

Hard disk rosak? Apa perlu buat? Bagaimana nak tahu hard disk rosak atau tidak?

HDD adalah bahagian penting dari semua komputer riba, kerana Windows dipasang pada HDD.

Hard disk juga merupakan tempat kita menyimpan semua fail, data, foto, video dan lagu.

Tanpa hard disk , laptop dan komputer kita tidak akan dapat berfungsi.

Ramai yang menggunakan komputer riba, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui tanda-tanda kerosakan hard disk.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 3 tanda hard disk anda mula rosak.

tanda-hard-disk-mula-rosak

Dalam kebanyakan kes, hdd perlahan-lahan akan rosak, jadi ia sudah cukup untuk memberi anda masa untuk memindahkan data terlebih dahulu.

Komputer mula perlahan, kerap freeze dan kerap bluescreen

tanda-hard-disk-mula-rosak

Tanda pertama hard disk mula rosak ialah laptop atau komputer mula perlahan, selalu freeze, dan blue skrin.

Dengan ini, kita boleh menggunakan perisian CrystalDiskInfo.

Perisian ini menggunakan data yang dikumpul oleh SMART (Self Monitoring, Analysis and Reporting Technology).

Anda hanya perlu install dan membuka perisian, masukkan tab Disk, pilih hard disk untuk diimbas, dan kemudian anda boleh melihat kesihatan hard disk anda.

tanda-hard-disk-mula-rosak


Jika hard disk anda tidak mempunyai masalah, anda boleh terus menggunakan laptop dan ianya selamat untuk anda format semula laptop anda.

Jangan lupa pastikan data-data anda sudah dibackup terlebih dahulu.

Tak Dapat Masuk Ke Windows

tanda-hard-disk-mula-rosak

Tanda kedua bahawa hard disk mula rosak ialah keluar error yang berkaitan hard disk.

Error yang anda boleh lihat termasuk:

-Error notification yang sering muncul semasa membuka, mengalihkan atau menyimpan fail

-Fail tidak boleh dibuka atau hilang

-Windows kerap crash

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, anda harus segera mengalihkan data dan menggantikannya dengan hard disk baharu.

Hard Disk Mengeluarkan Bunyi Klik

tanda-hard-disk-mula-rosak

Tanda ketiga bahawa hard disk mula rosak ialah anda boleh mendengar hard disk mengeluarkan bunyi klik yang berterusan. Ini bermakna hard disk anda telah mula rosak.

“Klik” berulang atau click of death yang disebabkan oleh jejari hard disk yang tidak boleh membaca dan menulis data.

Jika anda mendengar bunyi ini, anda harus mula backup semua data penting sebelum terlambat.

Macam Mana Kalau Tak Sempat Backup?

tanda-hard-disk-mula-rosak

Jika hard disk rosak dan anda tidak sempat untuk backup data, apakah yang boleh anda lakukan?

Kita tidak boleh mengakses data sedia ada menggunakan kaedah biasa, iaitu menggunakan kabel sata untuk sambungkan ke USB atau menggunakan hard disk enclosure.

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantarnya ke kedai yang menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan semula data daripada hard disk yang rosak.

Walau bagaimanapun, kos untuk mendapatkan data ini agak tinggi. Jika data yang anda ingin dapatkan tidak ternilai harganya, saya galakkan anda dapatkan perkhidmatan tersebut..

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top