10 Cara Mudah Buat Duit Menggunakan Website

Bagaimanakah cara buat duit dengan website?

Sekarang, saya lihat ramai yang mula berniaga online untuk mencari pendapatan sampingan. Macam-macam cara, seperti menjual di Facebook dan Instagram, Mudah, Lelong, Lazada, dll. Tetapi adakah anda tahu bahawa kita boleh membuat wang melalui laman web?

Boleh dikatakan proses ini hampir sama dengan proses buat duit di platform lain yang saya nyatakan di atas. Seperti di platform lain, kita perlu mendaftar akaun untuk mula menjana wang dengan menjual mana-mana produk yang kita fikir akan mendapat sambutan yang tinggi.

Saya tidak akan menyentuh platform lain. Kali ini saya akan fokus kepada cara buat duit hanya melalui laman web. Kerana dengan menggunakan laman web, peluang menjana pendapatan adalah lebih tinggi. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis.

Menggunakan laman web untuk membuat wang boleh dibahagikan kepada dua kategori. Iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Kedua-duanya akan membantu anda menjana wang. Jadi mari kita lihat cara menggunakan laman web sebagai lubuk wang anda.

Affiliate

cara kerja affiliate marketing

Kaedah pertama ini adalah salah satu yang paling popular. Kerana ia mudah dibuat, tetapi ia boleh menghasilkan banyak wang. Pada asasnya bagi mereka yang tidak tahu apa itu affiliate, ini adalah peluang perniagaan dengan mempromosikan produk lain di laman web anda.

Anda tidak perlu menyimpan inventori dan anda tidak perlu mengurus pelanggan. Anda hanya perlu “mempromosikan” link ke halaman jualan produk. Cara buat duit dengan website adalah dengan mendapatkan komisen dari setiap pembelian produk melalui link di laman web anda.

Anda bebas mempromosikan produk dengan cara anda sendiri. Jadi anda perlu kreatif untuk mendapatkan lebih banyak jualan.

Dropship

dropship system

Jika affiliate diwujudkan melalui link promosi, dropship pula menjual barangan, terutamanya produk fizikal. Ia kelihatan hampir sama dengan affiliate. Bezanya, dropship ini melibatkan pengurusan pelanggan di mana anda akan menerima bayaran untuk produk secara langsung.

Berbeza dengan affiliate yang hanya memberikan komisen, dropship memberi peluang untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi. Apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan barangan atau produk orang lain dengan harga “mark-up”. Berapa banyak yang anda mahu mark up bergantung kepada anda.

Melainkan supplier telah menetapkan harga. Selepas menerima bayaran, anda perlu menghubungi supplier untuk menghantar pesanan. Butiran pelanggan perlu diberikan kepada supplier kerana mereka akan menguruskan proses penghantaran melalui pos laju atau kurier.

Ambil perhatian bahawa tidak semua supplier membenarkan anda melakukan ini. Hanya mereka yang menawarkan program dropshipping sahaja. Jangan terburu-buru menjual sendiri, mark up harga, terima bayaran, dan akhirnya supplier tidak mahu menghantar pesanan sebab mereka tidak membuat dropship.

Oleh itu, anda mesti memastikan supplier ada menawarkan program dropshipping. Jika ya, anda boleh mula buat promosi dan menjual.

Produk Fizikal

Amazon online selling site

Apabila bercakap tentang perniagaan, pilihan produk adalah sangat penting. Tersalah pilih boleh menyebabkan perniagaan tidak berjaya. Begitu juga jika anda ingin memulakan perniagaan secara online. Pruduk memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju perniagaan.

Cara untuk membuat wang di laman web daripada produk fizikal adalah dengan membeli barangan yang anda fikir boleh dijual. Buat stok dekat rumah. Kalau baru nak mula, elok beli sikit dahulu. Apabila mendapat order, anda boleh stok banyak sikit.

Kemudian anda perlu memasukkan senarai item di laman web anda. Mempromosikan dan menerima tempahan pelanggan. Seterusnya, anda perlu menghantar tempahan itu kepada mereka. Jadi “affiliate” dan “dropship” agak berbeza dari ini kerana semuanya anda perlu buat sendiri.

Supplier dan jenis produk tidak terhad. Korang boleh pilih mana yang korang suka. Dan yang paling penting, harga kos barang tersebut boleh dapat murah daripada pasaran biasa. Sama ada beli borong ataupun memang harga rendah daripada supplier.

Jadi kena pandai cari lubuk untuk dapatkan barang yang murah barulah anda boleh kuasai cara buat duit dengan website.

Produk Digital

solutions total boox

Produk digital yang biasanya dijual di pasaran termasuk e-book, kursus dalam talian, perisian dan aplikasi. Tetapi anda perlu membuat produk itu sendiri. Anda tidak boleh “copy and paste” produk orang lain.

Jika pemilik produk mendapati bahawa anda menjual produk mereka tanpa kebenaran, anda mungkin menghadapi tindakan undang-undang. Jadi sebaiknya buat sendiri. Jika anda tidak mampu, anda boleh menjualnya secara affiliate.

Cara buat duit dengan website daripada produk digital adalah hampir sama dengan produk fizikal. Satu-satunya perbezaan adalah penghantaran. Kerana produk digital tidak perlu dipos. Anda boleh menggunakan saluran digital untuk penghantaran, iaitu menggunakan e-mel atau menyediakan link muat turun/akses.

Dari segi keuntungan, mungkin produk digital akan menjana pulangan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, risiko produk anda dicetak rompak juga tinggi. Produk digital mempunyai kebaikan dan keburukan. Tetapi bagi mereka yang kekurangan dana tetapi mempunyai kemahiran untuk dikongsi, saya mengesyorkan untuk mencipta produk digital.

White Label

laptop care

Sekali baca macam ape pulak white label ni. Bagi mereka yang tidak tahu, white label bermaksud anda mengambil produk orang lain dan mengubahnya menjadi produk anda sendiri. Dalam erti kata lain, supplier bagi produk kemudian anda meletakkan label jenama anda sendiri di produk tersebut.

Jadi ia kelihatan seperti produk yang anda buat sendiri. Walaupun pada hakikatnya anda juga mengambilnya daripada orang. Banyak produk di pasaran kini menggunakan kaedah ini. Tetapi modal permulaan untuk memulakan perniagaan white label ini memang tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai dana dan serius untuk membuat perniagaan berskala besar, saya sangat mengesyorkan kaedah ini. Ambil dulu produk orang lain lama-kelamaan anda mempunyai team sendiri dan boleh mencipta produk anda sendiri. Dengan ini, perniagaan dapat dikembangkan dengan lebih mudah.

Risiko lain yang perlu anda ketahui ialah anda perlu berurusan secara langsung dengan pelanggan. Pembekal anda tidak akan menjawab sebarang soalan daripada pelanggan anda. Tetapi anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi jika produk tidak bagus, anda kena bertanggungjawab.

Untuk makluman, bukan semua supplier menyediakan white label ini. Jadi anda mesti memilih produk yang betul dan supplier yang bagus. Berhati-hati sebelum memulakan perniagaan. Jika boleh, sila cuba produk itu terlebih dahulu. Jika anda berpuas hati, sila pilih “White Label”.

Servis

laptop care 1

Seterusnya ialah cara menjana wang melalui laman web dengan memberikan servis kepada pelanggan. Ini termasuk membaiki barangan, membina dan mengubah suai rumah, sewaan PA sistem, reka bentuk grafik dan perkhidmatan lain.

Anda boleh menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Anda hanya perlu membuat laman web tentang perkhidmatan anda. Nyatakan perkhidmatan yang disediakan dan harga perkhidmatan secara terperinci. Kemudian iklankan dan promosikan laman web tersebut.

Kebiasaannya, pelanggan tidak akan membayar langsung. Jadi kita perlu berurusan dengan mereka terlebih dahulu. Jika mereka bersetuju, deposit atau bayaran penuh akan dikenakan. Mereka yang mempunyai kemahiran amat digalakkan menggunakan kaedah ini.

Sebab zaman sekarang ramai yang lebih suka mengupah orang daripada buat sendiri. Kadang-kadang benda simple pun perlu panggil orang. Pasaran untuk perkhidmatan sangat luas. Anda boleh mencubanya secara kecil-kecilan dahulu.

E-commerce Website

sell your product online 1

Nama mudah bagi e-commerce website ini ialah Kedai Dalam Talian. Ia tidak perlu canggih seperti lazada. Kedai dalam talian yang dilengkapi dengan sistem payment gateway sudah memadai. Oleh itu, pelanggan anda boleh terus membuat pembayaran dalam talian.

Melalui sistem payment gateway, anda boleh menggunakan kad kredit, kad debit dan online transfer. Lebih seronok dan lebih selamat. Risiko pelanggan menipu resit bank agak rendah. Seperkara lagi, anda tidak perlu menyemak akaun bank anda setiap kali pelanggan bank in.

Laman web e-commerce boleh digunakan untuk menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh menggabungkan produk digital dengan produk fizikal. Buat dropship pun boleh. Oleh itu, lebih mudah untuk menggunakan kedai dalam talian daripada laman web biasa.

Review

Review websites

Seterusnya, anda boleh menjana pendapatan pasif dengan review produk atau laman web. Caranya ialah dengan membuat artikel berkenaan produk/laman web tertentu. Sertakan “back link” ke produk/laman web mereka.

Biasanya, anda boleh mengenakan bayaran kepada orang yang meminta review. Tiada kadar standard untuk harga review. Ia juga bergantung pada prestasi trafik laman web anda. Lebih ramai pelawat ke laman web anda, lebih ramai orang mahu review.

Tetapi untuk review, ia biasanya untuk laman web yang mempunyai ramai pelawat. Ianya tidak sesuai untuk orang yang baru bermula. Anda perlu meningkatkan trafik dan prestasi laman web anda. Apabila ia stabil, anda boleh mula buat review .

Ads

display ads
Display Ads

Salah satu cara popular lain untuk menjana wang dari laman web adalah dengan sewaka ruang pengiklanan di laman web anda. Dengan cara ini anda boleh memperoleh pendapatan secara pasif. Tidak perlu menjual barang, cuma bina laman web sahaja.

Bukankah mudah? Nampak mudah. Tetapi jika laman web anda mempunyai trafik yang tinggi, kaedah ini akan lebih berkesan. Lebih ramai pelawat ke laman web anda, lebih besar kemungkinan mereka mengklik pada iklan yang dipaparkan. Sebab ada klik baru boleh buat duit.

Kalau orang hanya tengok je, memang tak dapat income. Tapi jangan risau. Nama pun passive income. Kalau nak bandingkan dengan menjual barang, jumlah yang anda boleh dapat tidaklah terlalu tinggi. Tetapi ianya bolehlah digunakan untuk cover kos iklan promosi produk anda.

Sekurang-kurangnya ada pendapatan sampingan. Terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan pakej partner pengiklanan ini. Tetapi anda mesti pilih yang paling banyak per click. Di samping itu, adalah perlu untuk mengkaji rekod pengiklanan dan review syarikat kerana dikhuatiri mereka tidak akan membayar anda nanti.

Salah satu yang terkenal dan “dipercayai” ialah google adsense. Untuk rujukan anda, Google telah menetapkan syarat yang agak ketat untuk anda menjadi rakan kongsi pengiklanan mereka. Anda boleh lawati halaman polisi program Adsense untuk maklumat lanjut.

Ejen

Akhir sekali, anda boleh menjana pendapatan melalui laman web sebagai ejen. Terdapat pelbagai jenis ejen. Affiliate dan dropship juga dipanggil ejen. Tapi maksud saya ejen di sini, dia adalah wakil jualan syarikat tertentu.

Seperti agensi insurans, takaful, hartanah, pengurusan kewangan, dan ejen jualan produk tertentu (seperti Dexandra, Coway, Cuckoo, dll.). Cara untuk membuat wang adalah dengan menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Kemudian syarikat induk akan membayar dalam bentuk komisen.

Kadar komisen berbeza mengikut syarikat dan jenis produk. Untuk ejen, anda boleh menggunakan laman blog secara peribadi. Di mana anda boleh mengemas kini produk, promosi atau aktiviti yang anda kendalikan.

Untuk keberkesanan yang lebih tinggi, sila pastikan bahawa semua artikel anda berada di halaman pertama carian Google. Dengan ini, orang mudah menemui dan membeli produk anda/melanggan perkhidmatan anda.

Cara Mana Yang Paling Senang?

10 cara yang saya senaraikan di atas adalah cara biasa untuk membuat wang dari laman web. Tetapi persoalannya ialah cara mana yang paling mudah? Mana yang terbaik untuk pemula? Macam-macam persoalan muncul di fikiran.

Anda perlu faham bahawa membuat wang tidak semudah yang anda fikirkan. Tetapi ia memerlukan kerja keras untuk merealisasikan impian anda. Jadi mulakan sekarang. Teruskan bergerak, walaupun perlahan. Daripada laju, tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi, memang tidak menjadi.

Pada pendapat saya, cara paling mudah untuk membuat wang untuk pemula melalui laman web adalah dengan menggunakan kaedah affiliate. Mulakan dengan memilih niche yang anda minati. Bina laman web dan mula menulis blog tentang segmen pasaran ini.

Kemudian cari produk yang sesuai dengan anda untuk dipromosikan sebagai affiliate. Dana permulaan tidak banyak. Anda juga tidak perlu menguruskan penghantaran barang dan tidak perlu berurusan terus dengan pelanggan dalam urusan produk.

Akhirnya, setelah anda mempunyai dana, anda boleh bertukar kepada “white label” atau mencipta produk anda sendiri. Perubahan ini adalah untuk membolehkan anda memperoleh margin keuntungan yang lebih besar. Tetapi tanggungjawab kepada pelanggan juga semakin meningkat.

Jadi bersedialah dari segi fizikal dan mental. Ini cuma pendapat saya. Mungkin anda mempunyai pendapat yang lebih bernas. Oleh itu, sila kongsikan komen dan pendapat anda di ruangan di bawah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top