Punca Error : Keyboard Not Found

Rata-rata pengguna komputer mesti menghadapi masalah keyboard sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Bertenang, seperti manusia, komputer bukanlah makhluk yang sempurna.

Keyboard not found
Keyboard not found


Selain itu, komputer hanyalah mesin yang diprogramkan oleh orang yang tidak sempurna (iaitu manusia sendiri). Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem komputer kadangkala memaparkan “kesilapan, dengan kata lain, tidak logik.

Walau apa pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mula-mula, cabut dan pasang semula kabel USB pada keyboard. Kadangkala, sambungan kabel USB yang longgar juga mungkin menjadi punca “keyboard not found’.

Jika ini tidak berjaya, cuba pasangkan kabel USB keyboard ke port USB lain. Ini kerana port USB pada CPU mungkin rosak atau tidak berfungsi.

Anda juga boleh cuba untuk update driver anda untuk masalah keyboard anda.

Mengemaskini sistem anda sangat penting untuk menjaga kestabilan dan prestasi pc atau laptop.

Anda sendiri boleh cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mengemaskini atau update driver.

Akan tetapi, software untuk Driver Update memang banyak di luar sana. Persoalannya mana satu software yang terbaik?

Saya akan kongsikan senarai software driver update yang free dan berbayar. Anda bebas memilih mana satu yang anda rasa sesuai untuk anda  dengan menggunakan salah satu Senarai Software Driver Updater Terbaik.

Selepas anda update driver anda menggunakan software driver yang kami senaraikan, anda boleh restart pc atau laptop anda dan tengok jika keboard anda boleh berfungsi seperti biasa atau sebaliknya.


Akhir sekali, cuba sambungkan keyboard lain. Jika keyboard baharu berfungsi dengan betul, jelas sekali keyboard lama anda rosak dan boleh dilupuskan dengan selamat di “Pusat Kitar Semula”.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top