Tidak kira apa sahaja urusan harian kita, dari beratur di kedai mamak, urusan perbankan, tempahan KFC, sehinggalah beratur di kaunter. Memang memerlukan kesabaran dan sedikit masa. Ia sama seperti proses menyelesaikan masalah dan servis laptop.
Proses ini akan mengambil sedikit masa. Ia mungkin satu atau dua jam, kadang kala sehari. Mengikut simptom dan masalah yang timbul. Alhamdulillah kebanyakan setakat ini kesemua pelanggan sangat memahami dan sabar.
Menjadi satu kewajiban juga bagi juruteknik untuk menerangkan kepada pelanggan secara terperinci tentang jenis kerosakan, masa yang diambil untuk troubleshoot, inspection dan diagnose supaya pelanggan anda faham.
Sebab segelintir daripada mereka menyangka semua masalah boleh diselesaikan dengan masa yang singkat. Sebenarnya bergantung dengan banyak faktor. Boleh dikatakan ianya bergantung pada jenis kerosakan, bergantung juga kepada kepakaran dan pengalaman juruteknik untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, format laptop. Ia mengambil masa kira-kira 3 hingga 5 jam, bergantung pada kelajuan hard disk laptop dan pemilihan software. Ini tidak termasuk data backup. Data backup bergantung pada saiz data dalam hard disk atau SSD pengguna. Semakin besar jumlah data, semakin lama masa yang diperlukan.
Saya bagi anda gambaran andai kata anda mempunyai masalah dengan motherboard laptop anda. Masalah motherboard selalunya mengambil masa yang agak lama untuk dibaiki. Mahu tahu lebih tentang motherboard? Klik sini 5 Tanda Kerosakan Pada Motherboard Laptop.
Sebaik-baiknya, cari masa yang sesuai untuk menghantar komputer riba/PC anda ke kedai. Biasanya, kedai komputer atau juruteknik memerlukan masa untuk memeriksa dan menyelenggara komputer riba anda.
Amalkan servis dan format laptop dalam 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech