5 Pengetahuan Asas Tentang Format Laptop

Ramai di antara kita sebenarnya pandai format laptop sendiri tanpa ke kedai. Terima kasih kepada Google dan Youtube kerana menyediakan tutorial percuma.

install Windows 10 from USB

Proses format laptop kelihatan mudah, tetapi anda perlu memahami beberapa pengetahuan asas tentang format, termasuk:

  • Jika anda tidak membuat backup terlebih dahulu, proses format akan memadam semua data, termasuk sistem pengendalian komputer riba dan perisian sebelumnya.
  • Selain fail atau data penting, driver anda juga perlu dibackup terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah dalam proses format kemudian.
  • Activation key Windows dan Microsoft Office anda boleh disimpan dan digunakan semula selepas memformat. Tetapi ia mesti dibackup terlebih dahulu.
  • Kelajuan proses format dan install windows bergantung kepada kesihatan dan “kelajuan” hard disk atau SSD itu sendiri.
  • Pastikan anda tidak mematikan suis atau menutup komputer riba secara paksa semasa proses memformat/install Windows untuk mengelakkan sebarang masalah atau “windows corrupt”.

Jika semua orang pandai memformat komputer riba, mengapa perlu ada kedai membaiki komputer riba? Ya, semua orang boleh memformatnya sendiri, dan apa yang akan membezakan mereka nanti ialah hasil daripada format itu , berjaya atau sebaliknya.

Saya kerap menerima aduan dari pelanggan, mereka mengadu tentang prestasi laptop mereka yang sangat slow. Jadi mereka pun mengambil keputusan untuk format.

Akan tetapi, penyelesaian dengan format laptop nampaknya tidak berhasil melajukan komputer mereka. Jadi jelas disini jika laptop anda slow dan ingin lajukan laptop anda, format sahaja tidak mencukupi. Anda kena upgrade laptop anda.

Apa yang perlu diupgrade? Upgrade HDD anda. Tukar hard disk anda kepada SSD. Saya jamin prestasi laptop anda akan meroket naik.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top