4 Masalah Laptop Yang Selalu Kami Terima Dari Pelanggan

4 Masalah Laptop Paling Kerap Berlaku

1. Slow

Peratusan pengguna yang menghadapi masalah laptop lembap setiap bulan sememangnya sangat tinggi, sebab itu kami terus menyiarkan post tentang kepentingan SSD dalam membasmi masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Peratusan pengguna bulan ini pula kebanyakannya terdiri daripada pelajar IPTA, guru dan pensyarah yang membuat persiapan awal tahun.

Berikut adalah beberapa fakta yang ditemui:

-82% kerosakan berlaku daripada pelajar dan guru
-60% daripada masalah utama ialah kerosakan pada hard disk yang sudah lama usianya
-Hampir 90% komputer riba tidak pernah diservis

2. Board

Motherboard ialah komponen utama yang menghubungkan segala-galanya dalam komputer. Jika motherboard rosak, komponen lain juga berisiko rosak. Sebab itu kos membaiki motherboard ini tinggi.

Di bawah ini saya kongsikan kepada anda beberapa tanda yang menunjukkan kerosakan pada motherboard.

Tanda-tanda kerosakan pada motherboard

Anda boleh baca selanjutnya tentang 5 Tanda Kerosakan Pada Motherboard Laptop.

3. Hinge

Hinge ini senang dikenali sebagai engsel laptop. Ia memegang dua bahagian laptop iaitu bahagian skrin dan bahagian keyboard.

Ia diperbuat daripada besi dan kebiasaannya terletak di sisi laptop anda.

Jika laptop tidak mempunyai hinge, maka dua bahagian tersebut iaitu skrin dan keyboard anda tidak boleh dicantumkan bersama.

Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana hinge laptop boleh rosak dan cara untuk menjaganya. Baca selanjutnya di sini 5 Sebab Hinge Laptop Patah Dan Cara Menjaganya

4. Screen

Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda switch on laptop anda, tetapi skrin tidak memaparkan apa-apa (black screen). Anda boleh lihat ada lampu dan bunyi kipas yang menandakan laptop tersebut sudah dihidupkan tetapi tidak ada sebarang paparan pada skrin.

Jika anda pernah mengalami situasi seperti yang dinyatakan diatas, jangan gelabah. Anda boleh mengenalpasti masalah laptop tersebut dengan merujuk kepada maklumat yang saya kongsikan disini.

Pengalaman ini saya kongsikan kepada anda berdasarkan apa yang saya hadapi sepanjang karier saya menjadi juruteknik komputer. Berikut merupakan beberapa punca yang berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya black screen. Baca selanjutnya 2 Punca Utama Laptop Black Screen

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top