5 Sebab Hinge Laptop Patah Dan Cara Menjaganya

Hinge ini senang dikenali sebagai engsel laptop. Ia memegang dua bahagian laptop iaitu bahagian skrin dan bahagian keyboard.

Ia diperbuat daripada besi dan kebiasaannya terletak di sisi laptop anda.

Jika laptop tidak mempunyai hinge, maka dua bahagian tersebut iaitu skrin dan keyboard anda tidak boleh dicantumkan bersama.

Laptop Hinge

Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana hinge laptop boleh rosak dan cara untuk menjaganya.

Punca Kerosakan

1. Material yang digunakan tidak berkualiti

Jika material yang digunakan pada tidak berkualiti, maka ia tidak akan dapat menampung beban atau geseran daripada gerakan laptop.

2. Membiarkan Laptop Terbuka & Tertutup Dalam Jangka Masa Yang Lama

Jika dibiarkan dalam satu keadaaan yang sama dalam jangka masa yang lama, akan terjadi kerosakan pada engsel kerana ia diperbuat daripada besi dan sudah tentu mempunyai bahan yang menyebabkan terjadinya hakisan.

3. Laptop Terjatuh

Engsel akan rosak dan mudah patah apabila laptop anda jatuh samada disengajakan ataupun tidak.

4. Menutup Laptop Hanya Pada Satu Sisi

Kaedah yang betul untuk membuka dan menutup laptop ialah dengan memegang kedua-dua sisi hadapan laptop anda.

Cara yang salah
Cara yang betul

Ini untuk memastikan hinge laptop anda dalam keadaan baik.

5. Mengangkat Laptop Dengan Memegang Skrin

Jangan sesekali mengangkat laptop anda dengan hanya memegang skrin kerana ia akan mendatangkan masalah yang serius kepada laptop anda.

Cara yang salah
Cara yang betul

Jika anda ingin memindahkan laptop, anda seharusnya memegang pada bahagian tapak laptop.

Buat pengetahuan semua, hinge laptop yang rosak dan patah memerlukan kos repair yang agak mahal kerana masa dan kepakaran yang diperlukan untuk membaikinya.

Jadi saya sarankan anda supaya menjaga laptop anda dengan baik.

Ini panduan atau tips yang kami kongsikan untuk menjaga laptop anda.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top