Bos! “Bagaimana cara print screen laptop?” Tanya seorang pelanggan kepada saya. Baiklah hari ini saya akan kongsikan kepada anda.
Sebelum ini ambil gambar skrin pakai smartphone sahaja. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana cara untuk buat skrinshot atau print screen kan?
Apabila ambil gambar skrin menggunakan smartphone, ada sahaja kekurangan. Mungkin tidak jelas gambarnya, tidak terang pencahayaannya dan bermacam-macam lagi.
Kini saya akan membuat perkongsian tentang 3 Cara Mudah Buat Print Screen Di Laptop & PC.
1. Snipping Tool
Sebenarnya aplikasi ini sudah tersedia di Windows 7, 8 dan 10. Tetapi mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya. Disini saya kongsikan cara-cara untuk menggunakannya.
- Taip Snipping Tool di ruangan carian komputer anda.
- Double click pada Snipping Tool untuk membuka aplikasi tersebut.
- Klik New.
- Selepas itu boleh drag (klik dan hold button mouse kiri dan tarik ke kawasan skrin yang anda mahukan).
- Kemudian klik save untuk menyimpan skrinshot anda.
Selamat mencuba!
2. Windows key + Print Screen
Cara paling senang dan mudah. Hanya klik Windows key + Print Screen dan Windows akan automatically save screenshot anda.
Ketika anda menekan Windows key + Print Screen, skrin anda akan dim sebentar dan screenshot untuk keseluruhan skrin anda akan disimpan di dalam Screenshots folder.
Dalam Windows 11, menekan Windows key + Print Screen akan menyimpan gambar skrin anda ke dalam screenshot folder dan copy gambar tersebut ke clipboard. Ini membolehkan anda terus paste gambar tersebut ke social media dan sebagainya.
3. Alt + Print Screen
Untuk skrinshot Windows yang aktif, anda boleh terus menekan Alt + Print Screen. Dalam Windows 10, gambar akan dicopy ke clipboard anda, kemudian anda kena paste semula gambar tersebut ke program lain untuk save gambar tesebut. Dalam Windows 11, ia akan copy dan save gambar tersebut terus ke screenshot folder.
Jika anda mempunyai soalan, boleh ajukan soalan anda ke sini Contact Us.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech