Cara Atasi Masalah ‘A Disk Read Error Occured’

Bagi pengguna komputer dan laptop, memang terdapat banyak error yang sering timbul tidak kira seberapa baik anda menjaganya. Selalunya error ini akan dipaparkan apabila ada kerosakan pada Operating System atau hardware anda.

Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila anda berada didalam situasi yang amat kritikal seperti hendak membuat presentation, menghadiri mesyuarat, mempunyai tugasan penting yang hendak disiapkan dan sebagainya.

Namun, setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya. Terima kasih kepada juruteknik komputer, video tutorial di Youtube dan informasi berguna di Internet.

Jadi pada kali ini saya akan kongsikan satu masalah yang terjadi kepada pelanggan saya sendiri. Pada mulanya, pelanggan saya mengatakan komputernya boleh switch on tetapi tidak boleh startup seperti biasa. Ia memaparkan error seperti di bawah.

Please enter setup to recover BIOS setting
Tidak boleh Boot seperti biasa
A Disk Read Error Occured

Saya akan terangkan cara saya mengatasi masalah diatas kepada anda. Jadi selepas ini, anda sedia maklum jika terjumpa masalah seperti ini.

1. Please enter to recover BIOS setting

Masalah ini sering terjadi apabila anda switch on komputer atau laptop anda. Ia akan memaparkan error seperti ini kerana masalah cmos battery anda. Cara saya mengatasinya ialah dengan menukar cmos battery lama kepada yang baru.

Perlu anda tahu bahawa cmos battery ada pelbagai jenis. Anda kena tukarkan kepada jenis yang sama. Komputer pelanggan saya menggunakan cmos battery CR2032 3V.

CR2032 3V

2. Tidak boleh Boot seperti biasa

Masalah ini kerap berlaku kerana Windows tidak dapat detect hard disk anda. Ini boleh terjadi kerana hard disk anda rosak atau Operating system anda corrupted.

Cara saya menyelesaikan masalah ini ialah dengan membuka hard disk tersebut dan cuba untuk membuat data backup terlebih dahulu (jika ada data penting).

Kemudian boleh cuba untuk format hard disk tersebut. Jika proses format berjalan dengan lancar, maka hard disk tersebut masih boleh digunakan tetapi bukan untuk jangka masa yang lama. Jika proses format gagal, anda kena gantikan hard disk tersebut. Saya cadangkan anda beralih ke penggunaan SSD.

3. A Disk Read Error Occured

Jelas menunjukkan penyebab error ini ialah masalah hard disk anda. Saya sudah beberapa kali menggunakan cara untuk memastikan proses format berjalan dengan lancar tetapi gagal.

Jadi saya pun menerangkan situasi ini kepada pelanggan dan mencadangkan beliau untuk menggantikan hard disknya dengan SSD. Dengan menggunakan SSD, beliau dapat banyak kelebihan berbanding mengggunakan hard disk. Ini 10 Kelebihan Menggunakan SSD.

Saya kongsikan video pendek ketika membaiki komputer pelanggan saya dibawah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top