Laptop atau komputer boleh menjadi panas atau overheat semasa beroperasi kerana tidak memiliki sistem penyejukan yang baik.
Ini terjadi kerana sistem penyejukan laptop atau komputer anda tidak dapat menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen-komponen laptop atau komputer mula menjana haba secara berlebihan semasa beroperasi.
Untuk elakkan masalah laptop overheat ini daripada berterusan, perkara paling simple yang anda boleh buat untuk laptop anda ialah dapatkan kipas tambahan untuk laptop anda. Jangan biarkan ia berada diatas lantai semasa anda menggunakannya.
Cara Kekalkan Performance Laptop
Penjagaan untuk sebuah laptop atau komputer sebenarnya tidaklah susah. Ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan supaya laptop atau komputer anda sentiasa tip top.
Servis Laptop
Servis laptop anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Selalunya servis ini termasuklah pembersihan habuk, penggantian thermal paste dan thermal pad.
Ini Kepentingan Thermal Paste Dalam Penjagaan Komputer.
- Pembersihan habuk penting kerana ianya pemusnah utama prestasi laptop atau komputer anda. Kalau bertahun-tahun laptop atau komputer anda tidak pernah dibersihkan, kipas cooler processor akan berputar perlahan dan menyebabkan processor mengeluarkan haba yang lebih panas daripada biasa.
Anda boleh menggunakan Air Spray Duster untuk membersihkan habuk yang terdapat pada laptop atau komputer anda.
- Penggantian thermal paste juga perlu dilakukan setiap kali servis. Thermal paste ialah liquid yang diletakkan diatas processor. Tujuannya adalah untuk menyejukkan processor laptop anda. Ada dua jenis thermal paste iaitu jenis liquid dan jenis pad. Setiap kali anda servis komputer anda, wajib untuk gantikan thermal paste baru kerana ianya boleh mengering dan mengeras apabila terlalu lama dan menyebabkan suhu processor anda meningkat.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech