Jika anda pernah membaiki komputer riba atau PC, anda mesti biasa dengan thermal paste. Tetapi apakah sebenarnya peranan dan kepentingannya?
Biar saya terangkan kepada anda.
Thermal paste atau boleh dikenali sebagai thermal gel, thermal compound, thermal grease dan chip coolant ialah bahan yang diletakkan pada CPU atau heatsink anda untuk tujuan penyejukan.
Ia diperbuat daripada silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Itulah sebabnya kebanyakannya berwarna kelabu atau putih.
Peranan utamanya adalah untuk memastikan tiada ruang udara atau jarak antara permukaan CPU dan heatsink. Ia direka untuk memudahkan proses pemindahan haba daripada processor ke heatsink.
Permukaan processor dan heatsink yang tidak rata memerlukan thermal paste untuk memaksimumkan penyejukan heatsink. Sistem penyejukan dalam komputer sahaja tidak dapat mengawal haba chip processor pada motherboard.
Anda boleh melihat bagaimana ia menutup ruang kosong antara processor dan heatsink, membolehkan haba dipindahkan dengan lebih efisien. Tanpanya, ruang akan memerangkap haba, kemudian meningkatkan suhu laptop atau komputer anda.
Akibatnya, processor menjadi lebih cepat panas dan suhu meningkat, merosakkan komputer dan motherboard anda. Sekiranya anda tertanya-tanya, suhu ideal untuk komputer adalah di bawah 60 ºC. Suhu optimum ialah antara 45-50 ºC.
Jadi jika suhu komputer riba anda tiba-tiba melebihi had yang optimum, itu tanda anda memerlukan thermal paste baharu.
Penjagaan Thermal Paste
Thermal paste perlu diganti sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini kerana ia akan mengeras dan tidak lagi berkesan sebagai penyejuk. Tetapi lebih baik setiap enam bulan.
Jadi setiap kali anda meminta servis komputer riba anda, minta mereka menggantikannya dengan yang baharu.
Perkara Yang Perlu Anda Ingat
- Ia akan mengering dan mengeras jika terlalu lama tidak digantikan.
- Tidak boleh digunakan lebih dari sekali. Setiap kali servis kena menggantikannya.
- Pastikan jumlahnya mencukupi, iaitu kira-kira saiz kacang atau beras.
- Terlalu banyak thermal paste akan membahayakan komponen lain.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang cara untuk menjaga komputer anda, boleh rujuk di sini Cara Atasi Masalah Laptop Overheat.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech