MacBook Anda Rasa Semakin Slow? Ini Cara Mudah Untuk Semak

Jangan terus panik atau hantar ke kedai. Kadang-kadang masalah kecil saja yang buat MacBook jadi lembap. Cuba dulu langkah asas ini.

Langkah Asas Yang Boleh Dicuba Sendiri

1. Restart Semula MacBook

  • Tutup dan hidupkan semula.
  • Bila keluar pop-up, buang tanda ✅ pada “Reopen windows when logging back in”.

2. Check for update

imgi 4 macos sequoia system settings general software update check for update
Check for update
  • Apple selalunya baiki masalah melalui update.
  • macOS Mojave 10.14 ke atas: System Preferences → Software Update.
  • macOS High Sierra 10.13 ke bawah: App Store → Updates.

3. Reset SMC (System Management Controller)

  • Boleh atasi masalah power, kipas atau bateri.
  • Langkah reset berbeza ikut model MacBook anda.

4. Reset PRAM/NVRAM

  • Kosongkan setting sistem yang mungkin ganggu prestasi.
  • Tekan Option + Command + P + R semasa on selama lebih kurang 20 saat.

5. Run Apple Diagnostics

  • Matikan Mac → hidupkan sambil tekan D.
  • Ikut arahan di skrin untuk semak masalah hardware.

Punca Biasa MacBook Jadi Perlahan

1. Ruang Simpanan Penuh

  • Mac perlukan ruang kosong untuk berfungsi lancar.
  • Semak ruang:
    • macOS Ventura ke atas: System Settings → General → Storage.
    • macOS Monterey ke bawah: Apple logo → About This Mac → Storage → Manage.
  • Tip tambahan: guna app seperti OmniDisk Sweeper atau DiskInventoryX, atau tukar HDD ke SSD untuk kelajuan lebih baik.

2. Malware / Software Tak Diperlukan

imgi 1 screen shot 2019 09 04 at 9.49.03 pm
Malwarebytes
  • Walaupun jarang, Mac tetap boleh dijangkiti.
  • Imbas dengan Malwarebytes (percuma).
  • Elakkan app seperti MacKeeper, Mac Fixer kerana ia hanya melambatkan sistem.

3. Terlalu Banyak Antivirus

  • Satu antivirus sudah memadai.
  • Terlalu banyak akan ganggu prestasi.

4. Hardware Kurang Kuat

  • Mac lama mungkin tak cukup RAM/CPU untuk app berat.
  • Buang aplikasi tidak perlu di Users & Groups → Login Items.
  • Semak penggunaan CPU/RAM di Activity Monitor.

5. Mac Terlalu Panas (Overheating)

  • Bila suhu tinggi, prestasi akan diturunkan secara automatik.
  • Gunakan app seperti TG Pro untuk pantau suhu.
  • Bersihkan kipas dengan angin kompres atau tukar thermal paste jika perlu.

6. Sensor Rosak/Hilang

  • Sensor suhu & voltan penting untuk prestasi.
  • Kalau gagal dikesan, Mac akan masuk mod perlindungan dan jadi perlahan.

7. Storan Rosak (HDD/SSD)

  • HDD rosak boleh buat Mac lambat atau fail gagal dibuka.
  • Tanda-tanda: bunyi pelik, fail gagal dibuka, sistem terlalu lambat.
  • Jalankan Apple Diagnostics atau tukar ke SSD.

8. Masalah Kipas

  • Kipas rosak = Mac panas = prestasi menurun.
  • Run Apple Diagnostics.
  • Jika ada error “Platform Protection Fault”, kemungkinan kipas rosak.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top