Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Suhu CPU PC Anda?

Adakah komputer anda terlalu panas? Jika PC anda mula mati secara tiba-tiba, prestasi slow semasa melakukan kerja, overheat mungkin salah satu isunya. Peliknya, Windows tidak ada option untuk kita menyemak suhu CPU komputer.

Anda boleh masuk ke dalam BIOS sistem anda untuk mencari maklumat, tetapi itu sangat rumit bagi pengguna biasa. Nasib baik, ada beberapa program percuma yang memudahkan kita untuk melihat suhu processor anda.

Bagaimana untuk menyemak suhu CPU anda?

Cara terpantas dan paling mudah untuk menyemak suhu CPU anda ialah menggunakan  Core Temp.

Setelah diinstall, buka Core Temp untuk anda boleh lihat keadaan semasa CPU anda, termasuk bacaan suhu purata di bahagian bawah.

Anda boleh melihat senarai suhu untuk setiap CPU core dalam komputer anda.

Apakah suhu terbaik untuk CPU anda?

Suhu maksimum berbeza dari processor ke processor.

Tetapi itulah suhu maksimum—titik di mana processor anda menjadi terlalu panas dan dimatikan untuk mengelakkan kerosakan. Komputer yang kerap overheating adalah tidak baik untuk jangka masa panjang hardware komputer anda. Sebaliknya, ikut garis panduan dibawah ini untuk memastikan suhu terbaik bagi komputer anda.

  • Di bawah 60° C: Suhu ideal!
  • 60° C hingga 70° C: Masih berjalan lancar, tetapi semakin panas. Pertimbangkan untuk membersihkan habuk daripada PC anda jika suhu CPU terus meningkat dari semasa ke semasa.
  • 70° C hingga 80° C: Ini lebih panas melainkan anda melakukan overclock. Jika tidak, semak untuk memastikan kipas anda berfungsi dan tiada habuk yang menyumbat aliran udara sistem anda.
  • 80° C hingga 90° C: Terlalu panas untuk keselesaan jangka panjang. Periksa hardware anda untuk mengesan kipas yang rosak atau habuk yang terkumpul, dan jika anda melakukan overclocking, reset balik setting anda—terutama sekali voltage jika anda telah mengubahnya.
  • Lebih 90° C: Sangat bahaya!

Bagaimana untuk menurunkan suhu CPU anda?

Jika anda kerap menghadapi suhu CPU yang tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencuba dan menyelesaikan isu tersebut.

Pertama, bersihkan PC anda. Suhu CPU yang tinggi selalunya disebabkan oleh habuk dan kotoran selama bertahun-tahun yang terkumpul di dalam PC yang menyebabkan kipas dan laluan udara tersumbat.

Semasa anda melakukannya, semak untuk memastikan bahawa semua kipas anda berfungsi dengan betul, menunjuk ke arah yang betul dan tiada satu pun lubang dalam PC anda disekat.

Mudah-mudahan itu dapat menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak, langkah yang lebih rumit perlu diambil. Thermal paste yang memindahkan haba daripada CPU anda ke penyejuknya mungkin telah kering jika anda menggunakan PC anda selama beberapa tahun. Itu boleh menyebabkan suhu meningkat.

Mengeluarkan thermal paste lama dengan alkohol dan menggunakan thermal paste baru membantu menurunkan suhu dengan jumlah yang banyak. Di sini saya kongsikan lebih lanjut tentang Cara Atasi Masalah Laptop Overheat Dengan Mudah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top