Tera Tech Kini Dibuka Di Kompleks Karamunsing

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Tera Tech. Tanpa sokongan dan dorongan daripada anda semua, tiadalah kami disini.

Tera Tech yang dahulunya bergerak sebagai freelancer, serba kekurangan, dan terpaksa menumpang di merata-rata tempat untuk bekerja, kini sudah mempunyai premis tetap yang beralamat di No. 99, Ground Floor, Kompleks Karamunsing, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.

Lokasi Tera Tech

Saya kongsikan serba sedikit mengenai kisah perjalanan Tera Tech. Tera Tech ditubuhkan pada bulan Oktober 2021. Namun pada masa itu, saya masih menggunakan nama Joey Computer Repair dan bekerja sebagai seorang freelancer.

Kerja-Kerja Membaiki Komputer

Saya menyediakan servis membaiki komputer terus ke rumah pelanggan, pejabat, sekolah, dan banyak lagi. Anda boleh lihat projek-projek yang saya buat di bawah ini.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis pada waktu itu. Maklumlah, saya sentiasa kena standby untuk sebarang panggilan dari pelanggan tidak kira siang atau malam. Apabila lokasi pelanggan jauh dari rumah, saya terpaksa mencari kemudahan soket plug berdekatan untuk menyiapkan kerja. Bila ada kemudahan plug, kemudahan internet pula tidak ada. Macam-macam dugaan.

Disebabkan itulah, anda kadang-kadang ternampak saya di restoran, di parking kereta, di parking hospital, yang tengah bekerja menyiapkan laptop pelanggan.

Saya juga pernah membongkar laptop didalam kereta disebabkan kesuntukan masa. Hari pula sudah jauh malam, rumah masih jauh, dan pelanggan pula urgent hendak menggunakan laptop keesokan paginya.

Tambahan pula pada masa itu, saya masih belum menyewa bilik. Di kereta itulah tempat saya tidur, tempat bekerja, tempat makan dan sebagainya. Kalau bujang boleh lah semua pun enjoy kan.

Bila ada untung sedikit, saya bercadang untuk menyewa bilik bersaiz kecil di tengah bandar memandangkan pelanggan saya di sekitar kawasan bandar. Bilik tersebut saya jadikan sebagai tempat untuk bekerja dan melepaskan lelah.

Sejak adanya bilik tersebut, ringanlah sedikit beban. Laptop-laptop pelanggan yang selama ini bersesak penuh di dalam bonet kereta, saya pindahkan ke dalam bilik.

Bilik tersebut saya setup seperti pejabat. Ada meja, ada kemudahan internet dan juga soket plug yang mencukupi. Juruteknik komputer memang memerlukan tiga perkara penting ini iaitu internet, soket plug dan tools yang cukup.

Maka saya bertahanlah dengan apa yang ada selama beberapa bulan.

Marketing

Bercakap tentang marketing, sebenarnya saya memang minat berniaga dari bangku sekolah lagi. Banyak masa dihabiskan depan komputer dengan menjana pendapatan melalui affiliate marketing. Iklan memang tidak pernah putus.

Pada masa itu juga saya berjinak-jinak dengan membuat website. Di sanalah tempat saya mengiklankan produk orang dan mendapat komisen setiap kali pembelian dibuat.

Saya suka membuat marketing secara tradisional dan juga digital marketing.

Tradisional marketing ini saya buat dengan mengedarkan bisnes kad dari kedai ke kedai. Letak bisnes kad tersebut di cermin kereta. Tidak kisahlah mereka membacanya atau tidak. Yang penting sehari saya kena habiskan 100 keping kad.

Digital marketing pula, Tera Tech mempunyai Website, Facebook Page, Whatsapp Business, Google My Business, Tiktok dan Youtube untuk pemasaran secara online.

Untuk bersaing dengan perniagaan lain yang sudah lama bertapak dalam bidang yang sama, saya tahu saya kena mahir strategi pemasaran untuk kuasai pasaran online. Ini kerana pada masa itu, pesaing saya mempunyai kedai fizikal (physical store). Maka saya pula kena ada online store kerana setup online store tidaklah menelan kos yang tinggi berbanding kos membuka kedai.

Kesemua strategi ini saya berikan perhatian penuh untuk mengukuhkan profile saya dan menonjolkan servis yang saya sediakan secara online. Paling penting sekali ialah website. Ini 6 Kepentingan Mempunyai Website Bisnes Untuk Usahawan.

Kemudian saya setup Google My Business. Ini 5 Kelebihan Google My Business Untuk Bisnes Anda. Diikuti dengan media sosial yang lain.

Tools

Sudah tentu, untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan, kena ada tools yang cukup. Saya bermula dengan tools basic iaitu screwdriver set. Kemudian dengan keuntungan yang ada, saya membeli tools lain sehingga semuanya cukup. Apakah tools yang diperlukan untuk seorang juruteknik komputer? Berikut ialah 20 Tools Penting untuk Juruteknik Komputer.

Di samping itu, software juga amat penting. Saya mempelajari cara untuk design iklan yang menarik dan catchy untuk menarik perhatian pelanggan. Antara iklan dan banner yang digunakan Tera Tech:

Memang banyak software graphic design di internet. Yang penting kita rajin mencarinya dan ada kemahuan untuk mempelajari perkara baru.

Rancangan Perniagaan

Bagi menjayakan rancangan untuk membuka kedai, saya kena bekerja lebih keras. Saya pun buatlah beberapa kerja lain untuk menjana pendapatan. Saya menjadi website designer, saya juga membuat website saya sendiri dan dapat menjana pendapatan melalui website saya dengan Google Ads, affiliate marketing, dan sebagainya.

Selain itu, saya juga turut mengukuhkan channel Youtube saya. Semua kerja yang saya lakukan pasti saya akan membuat rakaman video dan uploadnya ke Youtube. Lama-kelamaan, Youtube saya juga mengeluarkan hasil.

Hasil semua daripada pendapatan ini, maka saya akan menggunakannya untuk upgrade skills saya dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan, kembangkan lagi perniagaan saya, dan selebihnya saya belanjakan untuk marketing.

Ramai kenalan yang saya jumpa sewaktu mengikuti kursus, kami berbagi pendapat, berkongsi ilmu dan saya pun dapatlah panduan dan gambaran untuk saya membuka kedai.

Pada 1 April 2022, saya pun menyewa sebuah kedai. Kepada semua pelanggan yang saya hormati, anda boleh kunjungi kedai saya yang beralamat di No. 99, Ground Floor, Kompleks Karamunsing, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.

Ada yang bertanya jika saya masih membuat on-site service. Jawapannya ialah bergantung dengan masa dan keadaan. Saya masih juga membuat on-site service. Cuma anda kena buat appointment terlebih dahulu.

Kalau hendak diceritakan lebih lanjut memang tidak habis. Oleh itu saya akan akhiri perkongsian ini sampai disini sahaja.

Terima kasih sekali lagi kepada yang tidak henti-henti memberi sokongan, galakan, dan semangat.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top