Panduan Pemilihan Laptop Murah Untuk Student

Laptop murah untuk student? Ada ka? Berapa bajet yang diperlukan? Berkualiti tak? Ada waranti? Berbagai persoalan yang bermain di minda anda. Jom baca panduan kami disini.

Gajet seperti telefon pintar dan komputer riba bukan sahaja satu kemestian, malah sudah menjadi satu keperluan kepada pelajar. Lebih-lebih lagi pada musim kelas dalam talian ini.

Membeli komputer riba baru bukanlah satu tugas yang mudah bagi pelajar yang tidak bergaji seperti pekerja pejabat. Jadi pastikan anda memilih komputer riba yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda supaya berbaloi dengan wang yang anda belanjakan.

Jika anda masih keliru ketika memilih, ikuti 4 panduan pemilihan laptop murah untuk student dibawah!

1. Berapakah Bajet Anda?

Kami difahamkan ramai pelajar menggunakan wang simpanan untuk membeli komputer riba, jadi bajet tidaklah setinggi pekerja yang bergaji. Adakah anda tahu bahawa anda boleh mendapatkan laptop murah untuk student yang bagus walaupun dengan bajet yang rendah?

Terdapat dua jenis komputer riba, komputer riba baharu dan komputer riba yang telah diperbaharui (refurbished).

Komputer riba yang diperbaharui ini ialah komputer riba yang “direject“, dikembalikan dalam jaminan dan dijual semula oleh pengeluar pada harga yang lebih rendah selepas membetulkan kecacatan dan meningkatkan fungsinya. Dengar perkataan “rejection” mesti rasa tak ada kualiti kan?

Sebenarnya ia sama seperti komputer riba baru, cuma komputer riba telah “diusik” dan ditambah baik, itu sahaja. Jika anda mempunyai budget yang lebih rendah, komputer riba yang telah diperbaharui ini amat disyorkan. Anda boleh dapatkanya pada harga di bawah RM1000!

Ini Panduan Membeli Laptop Second Hand.

2. Saiz Komputer Riba Yang Betul

Saiz komputer riba terbahagi kepada banyak kategori, termasuk:

11″ – 13″ – Apa yang membuatkan komputer riba kecil ini istimewa ialah reka bentuknya yang ringan dan slim dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia mungkin kelihatan comel untuk komputer riba 11″, tetapi saiz skrinnya terlalu kecil untuk pelajar. Sukar untuk digunakan untuk penglihatan yang jelas dan selesa. Jika anda benar-benar mahukan komputer riba yang ringan dan mudah untuk digunakan, maka komputer riba 13″ sudah memadai.

14″-16″ – Saiz standard dan yang paling banyak digunakan. Reka bentuk lebih seimbang dan saiz skrin lebih memuaskan. Jika anda sedang mencari laptop yang sesuai untuk pelbagai tujuan selain untuk belajar seperti bisnes dan basic editing, anda boleh pilih laptop ini bersaiz 14″-16″.

17″-18″ – Komputer riba bersaiz besar seperti ini sering digunakan untuk kerja penyuntingan dan permainan. Jika kerja anda memerlukan banyak aktiviti penyuntingan video atau foto, komputer riba 17″-18″ ini adalah pilihan yang tepat. Agak sukar untuk dibawa dan dimasukkan ke dalam beg.

Tetapi sebenarnya apa-apa saiz pun sesuai, selagi ia sesuai dengan penggunaan dan keselesaan anda. Cadangan saya, pilih komputer riba bersaiz 14″-16″.

3. Software Dan Spesifikasi Yang Diperlukan

Ini adalah yang paling penting kerana harga komputer riba bergantung kepada spesifikasi dan tahap prestasi komputer riba tersebut. Semakin tinggi spesifikasi, semakin tinggi harganya. Jadi pastikan anda memilih komputer riba dengan hanya spesifikasi yang anda perlukan untuk kerja anda.

Bagi pelajar yang baru ingin membuat kerja menulis atau pengkomputeran, komputer riba dengan “perisian asas” seperti Microsoft Office, Google Chrome dan Firefox sebenarnya sudah memadai. Berbeza dengan kerja penyuntingan dan reka bentuk, anda pastinya memerlukan perisian khas dan spesifikasi komputer riba yang tinggi untuk “menyokong” beban kerja yang begitu berat.

Cari komputer riba dengan hanya spesifikasi dan perisian yang diperlukan untuk kegunaan utama anda. Nanti kalau perlukan laptop untuk kegunaan lebih berat, boleh “upgrade” ke spec yang lebih tinggi nanti.

4. Servis dan Waranti

Baru sahaja membeli komputer riba bulan lepas dan perlu keluar dan membaikinya bulan ini. Anda sebenarnya menghabiskan ribuan ringgit dalam beberapa bulan. Rugikan?

Itulah sebabnya penting untuk mempunyai jaminan ini. Dalam tempoh jaminan, pelajar tidak perlu mengeluarkan wang saku untuk membayar semua pembaikan, penggantian alat ganti dan upah sekiranya berlaku kerosakan komputer riba secara tidak sengaja.

Biasanya komputer riba baharu diberi jaminan selama satu hingga tiga tahun, manakala komputer riba yang diperbaharui diberi jaminan selama tiga hingga enam bulan, bergantung pada model dan kualiti komputer riba.

Risiko dan kerugian anda untuk ditipu adalah tinggi. Sebagai contoh, anda diberitahu bahawa komputer riba yang anda beli adalah sangat berkualiti dan tahan lama. Tetapi ia pecah selepas tidak sampai setahun. Terpaksa bayar extra untuk repair, kalau ada warranty, free je!

Jadi, adakah anda tahu komputer riba apa yang perlu dicari untuk belajar? Jika anda masih keliru, ajukan soalan anda di page Contact Us dan kami akan membantu anda!

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top