Internet menjadikan maklumat lebih cepat dan mudah diperoleh. Sama ada anda perniagaan baru atau perniagaan lama, adalah sangat penting untuk anda mempunyai laman web atau website untuk menyampaikan maklumat kepada orang yang memerlukan perkhidmatan atau produk anda.
Agaknya, betapa pentingnya anda mempunyai laman web sendiri untuk perniagaan? OKEY. Jika ia 10-20 tahun yang lalu, ia mungkin tidak begitu penting. Walau bagaimanapun, dalam era hari ini di mana semua orang boleh mengakses Internet melalui hujung jari mereka, saya fikir sudah tiba masanya untuk mana-mana perniagaan memerlukan website yang baik.
Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda jalankan hari ini, mempunyai laman web perniagaan adalah satu kemestian dan ideal. Jika kita mahu perniagaan kita berkembang dalam dunia teknologi dalam talian, ia adalah medium terbaik.
Anda mungkin terfikir.. Nah, perniagaan saya hanya menjual belacan, menjual biskut, dan membuat perkhidmatan membaiki telefon bimbit, jadi mengapa saya memerlukan website? Adakah tidak cukup dengan hanya menggunakan Facebook?
Ya, idea anda betul, tetapi ia hanya betul apabila anda menjalankan perniagaan 10 tahun lalu. Internet tidak digunakan secara meluas pada era itu. Tidak pada era ini kerana saya boleh katakan bahawa hampir semua orang boleh mengakses Internet pada telefon bimbit mewah mereka.
Oleh itu, anda perlu membuat website untuk memberitahu tentang perniagaan yang anda kendalikan, perkhidmatan yang anda sediakan dan lokasi perniagaan anda. Ini akan membantu anda memperoleh pelanggan dengan lebih efisien.
Jika anda hanya menggunakan Facebook, ia adalah sangat terhad. Seperkara lagi, dengan menggunakan laman web ini, anda tidak perlu mengulangi semua maklumat tentang perniagaan dan produk anda di media sosial, cukup berikan pautan ke laman web anda untuk menjawab segala persoalan.
Dalam catatan blog ini, saya akan berkongsi kepentingan utama mengapa perniagaan anda memerlukan laman web. Sila baca dan hadam ilmu ini untuk memajukan perniagaan anda.
1. Website Tidak Pernah Tidur
Apabila kita mempunyai laman web, kita sebenarnya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, dan tiada cuti. Walaupun pada hari bekerja, cuti hari perayaan dan sebagainya.
Memiliki laman web adalah seperti mempunyai pekerja yang sanggup bekerja tanpa rehat dengan kos yang sangat rendah. Untung bukan?
Jika anda membandingkannya dengan Facebook atau Instagram, anda masih perlu memantau dan menjawab semua persoalan pelanggan.. dan semuanya mesti dilakukan semasa anda menghadap komputer atau telefon pintar anda. betul tak?
2. Mewujudkan Daya Saing
Cuba lihat pesaing anda dalam bidang perniagaan yang sama. Adakah mereka mempunyai laman web? Jika mereka mempunyai laman web, ini bermakna mereka berada beberapa langkah di hadapan anda! Oleh itu, anda juga mesti bergerak lebih pantas supaya tidak ketinggalan.
Dengan memiliki laman web sendiri, anda sendiri telah mewujudkan daya saing yang baik, seterusnya meningkatkan lagi kredibiliti perniagaan anda kepada pelanggan.
3. Kuasa Enjin Carian
Adakah anda tahu tentang SEO atau Search Engine Optimization? Inilah kelebihan laman web yang boleh dibangunkan supaya perniagaan anda lebih cepat dikenali di Internet. Dengan menggunakan SEO ini, laman web anda akan menarik ramai pelanggan berpotensi untuk mengetahui tentang produk yang anda jual.
Adakah anda sedar bahawa kuasa enjin carian lebih besar daripada kuasa pengiklanan? Ini kerana konsep pengiklanan ialah kita bercerita tentang perkara yang bermanfaat kepada bakal pengguna atau bakal pelanggan. Dan pencarian pula ialah bakal pelanggan itu sendiri, mahukan apa yang kita tawarkan (produk/perkhidmatan) atau istilah lain mereka yang mencari kita!
Inilah matlamat yang boleh dicapai dengan menggunakan laman web. Ia memberikan anda pelanggan sebenar. Tidak perlu melakukan promosi berbayar di FB ads untuk mencari pelanggan. Melalui kaedah SEO di laman web anda, pelanggan akan mencari anda.
4. Menambah Keyakinan Pengguna/Pelanggan
Jika anda mempunyai laman web gaya profesional, ia juga akan memberi first impression yang baik kepada bakal pelanggan anda. Mereka juga akan lebih mempercayai anda.
Lihatlah berapa ramai usahawan yang hanya menggunakan platform media sosial pada masa dahulu sudah mempunyai laman web perniagaan sendiri. Mereka bukan sahaja akan menggunakan satu platform, tetapi menggunakan laman web sebagai platform utama dan penting untuk promosi dan penjualan produk perniagaan mereka secara dalam talian.
5. Database Pelanggan
Laman web ini juga boleh digunakan sebagai pusat pengumpulan maklumat daripada pelanggan anda. Melalui laman web, anda boleh mengumpul maklumat pelanggan dan memasukkannya ke dalam database pelanggan.
Data ini adalah lombong emas bagi syarikat untuk mengekalkan daya saing mereka.
Menggunakan database pelanggan, anda boleh menghantar info berkaitan dengan produk terbaharu anda, promosi dan tawaran menarik. Selain membolehkan perniagaan anda memperoleh pelanggan baharu, ini juga merupakan satu cara untuk menilai pelanggan sedia ada.
Melalui laman web ini, anda bukan sahaja boleh mengumpul database pelanggan, tetapi juga menyediakan saluran dengan akses dalam talian kepada produk terkini dan maklumat promosi. Tak payah susah-susah nak promote kat media sosial.
6. Pasaran Pelanggan Yang Lebih Luas
Pasaran pelanggan anda akan lebih luas, kerana laman web anda boleh dibuka di mana-mana sahaja yang mempunyai Internet. Bezanya jika anda membuka kedai biasa, anda hanya boleh fokus pada pasaran di kawasan anda sahaja, tetapi jika anda mempunyai laman web, anda boleh meluaskan pasaran anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah di luar negara.
Kini anda telah memahami sedikit tentang kepentingan memiliki laman web anda sendiri.
Jadi, anda pasti akan bertanya kepada saya… bagaimanakah cara untuk membuat laman web dengan cara yang mudah? berapa harganya? Adakah sukar untuk membuat laman web anda sendiri?
Sebenarnya terdapat banyak alat yang tersedia. Anda mungkin boleh mengupah orang untuk membuat laman web bisnes, tetapi percayalah.. Untuk membuat laman web bisnes memerlukan kos yang agak tinggi (upah).
Kami boleh membina laman web untuk anda. Anda boleh masukkan maklumat anda di sini https://teratechkk.com/site-information/.
Saya berharap pencerahan tentang kepentingan memiliki laman web untuk perniagaan anda akan memberi anda panduan untuk memikirkan keperluan untuk memajukan lagi perniagaan anda. Saya cuma nasihat dan memberi panduan, langkah seterusnya bergantung kepada anda sebagai usahawan yang ingin berjaya dan maju.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech