Masalah webcam laptop yang tidak berfungsi adalah perkara biasa yang sering dihadapi oleh pengguna peranti ini.
Walau bagaimanapun, jangan risau, terdapat beberapa masalah yang boleh diselesaikan dengan mudah di rumah menggunakan penyelesaian do-it-yourself (DIY).
Berikut adalah senarai masalah biasa kamera laptop dan cara untuk memperbaikinya dengan cepat.
Kamera Laptop Menunjukkan Skrin Hitam
Situasi di mana kamera web menunjukkan skrin hitam ketika digunakan dalam panggilan video adalah sangat mengecewakan. Untuk menangani masalah ini, ikuti langkah-langkah berikut:
- Pastikan kamera web tidak tersumbat oleh debu atau benda lain. Bersihkan dengan kain lembut jika perlu.
- Periksa penutup privasi kamera web (jika ada) dan pastikan ia terbuka sepenuhnya.
- Semak sambungan kabel USB jika menggunakan kamera luaran.
- Jika lampu kamera web menyala, mungkin ada aplikasi lain yang menggunakan kamera. Tutup semua aplikasi dan restart komputer.
- Pastikan aplikasi yang digunakan mempunyai kebenaran untuk mengakses kamera web. Periksa settings privasi pada komputer anda.
Jika masalah masih berlarutan, cuba download driver terkini atau hubungi technical support.
Tiada Audio Apabila Webcam Dihidupkan
Pastikan mikrofon tidak diredam dan telah diaktifkan pada settings komputer atau laman web. Cuba sambungkan mikrofon luaran untuk memeriksa fungsi audio.
Imej Cermin atau Masalah Kamera Terbalik dalam Laptop
Semak settings aplikasi kamera web untuk memutar semula paparan jika perlu. Jika masalah berterusan, periksa driver dan download yang terkini.
Komputer Tidak Dapat Mengesan Webcam
Pastikan kamera web tidak disekat secara tidak sengaja. Semak settings kebenaran aplikasi dan sambungan kabel USB jika menggunakan kamera luaran.
Kamera Laptop Mengalami Gangguan atau Freeze
Download update terkini untuk software komputer anda.
Jika menggunakan external webcam, cuba sambungkan ke PC lain untuk memeriksa masalah.
Jika masalah masih berlarutan, jalankan alat pemeriksaan fail sistem untuk mencari masalah software.
Seandainya masalah masih berterusan, hubungi profesional atau perkhidmatan sokongan yang berkaitan.
Jangan ragu untuk meminta bantuan jika diperlukan.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech