Windows 11 atau 10? Anda pengguna yang mana? Ramai pengguna sudah biasa dengan start button dan menu berada di sebelah kiri skrin.
Untuk Windows 11, Microsoft telah memindahkan ciri-ciri ini ke tengah taskbar.
Untuk mengalihkan butang Start dan menu Start kembali ke sebelah kiri skrin, seperti dalam versi yang terdahulu, ikuti langkah-langkah di bawah.
Cara Pindahkan Start Button dan Menu Windows 11
- Klik kanan pada mana-mana kawasan kosong di taskbar di bahagian bawah desktop.
- Pilih Taskbar Settings dari menu pop-up.
- Dalam menu Settings, skrol ke bawah dan klik pada Taskbar behaviors untuk expand bahagian tersebut.
- Di expanded Taskbar behaviors section, disebelah Taskbar alignment, klik kotak dengan anak panah kebawah.
- Pilih Left daripada drop-down menu.
Anda kini boleh melihat Windows Start elements dipindahkan ke sebelah kiri desktop.
Baca juga :
3 Cara Mudah Update Driver Pada Windows 11
Adakah anda tahu cara update drivers pada Windows 11? Untuk update drivers tidak perlu mengambil masa yang lama. Ia penting untuk anda memastikan bahawa semua drivers anda dikemas kini dan berfungsi dengan sebaik mungkin. Latest driver bertujuan untuk memastikan setiap bahagian PC anda berfungsi selancar mungkin.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech