5 Cara Mengatasi High CPU Usage di Windows 11

Penggunaan CPU yang tinggi merupakan salah satu masalah yang sering dialami dalam sistem operasi Windows, termasuk Windows 11.

Apabila penggunaan CPU anda tinggi, ia boleh menyebabkan masalah seperti sistem terhenti (crash), kelambatan, blue screen of death, dan lain-lain.

Masalah ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sistem tetapi juga boleh memudaratkan komputer anda dalam jangka masa panjang.

Masalah ini tidak berpunca daripada satu sebab tertentu; sebaliknya, terdapat pelbagai senario.

Oleh itu, anda perlu mengenal pasti punca utama dan cuba kaedah di bawah untuk mengatasi masalah ini.

Apa yang Menyebabkan Penggunaan CPU Tinggi di Windows 11?

Antara punca utama yang sering berlaku ialah:

  1. Software antivirus menggunakan terlalu banyak sumber CPU.
  2. Komputer dijangkiti virus atau malware.
  3. Menggunakan beberapa aplikasi berat secara serentak.
  4. Terlalu banyak aplikasi berjalan di latar belakang.

Cara Untuk Mengatasi Penggunaan CPU Tinggi di Windows 11

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memperbaiki masalah ini:

  1. Restart Komputer Anda

Restarting adalah kaedah asas yang sering menyelesaikan lebih daripada 40% masalah Windows. Jika sistem anda tidak stabil atau lambat, ikuti langkah ini:

  • Klik butang Start.
  • Tekan dan hold butang Shift, kemudian klik pada Restart. Biarkan komputer restart sepenuhnya dan lihat sama ada penggunaan CPU menurun.
restart computer windows 11
Restart computer windows 11

2. Check Windows Update

    Kadangkala versi lama sistem operasi menyebabkan masalah. Untuk update Windows:

    • Klik butang Start dan buka Settings (atau tekan Windows + I).
    windows 11 settings
    Windows 11 settings
    • Klik pada Windows Update di panel kiri dan pilih Check for Updates. Windows akan download dan update windows jika ada. Selepas itu, restart komputer anda.
    check for updates windows update
    Check for updates windows update

    3 Uninstall Antivirus Pihak Ketiga atau VPN

      Aplikasi seperti antivirus atau VPN sering menggunakan sumber CPU yang banyak. Untuk membuangnya:

      • Tekan Windows + R, taip appwiz.cpl dan tekan Enter.
      appwiz.cpl
      Appwiz.cpl
      • Cari antivirus atau VPN yang ingin dibuang, klik kanan, dan pilih Uninstall. Selepas uninstall, restart sistem anda.
      Right click on antivirus and Tap on Uninstall button
      Right click on antivirus and Tap on Uninstall button

      4. Disable Servis SysMain.

      Kadangkala, servis SysMain (atau Superfetch) menyebabkan penggunaan CPU tinggi.

      • Tekan Windows + R, taip services.msc, dan tekan Enter.
      services.msc
      Services.msc
      • Cari SysMain, klik kanan, dan pilih Stop. Restart komputer selepas itu.
      sysmain stop
      Sysmain stop

      5. Cari Program yang Menggunakan CPU Tinggi dan Restart

      • Gunakan Task Manager untuk mengenal pasti aplikasi yang menggunakan banyak CPU:
      open task manager 1
      Open task manager
      • Kenal pasti program yang menggunakan banyak CPU, klik kanan, dan pilih End Task.
      end task
      End task
      • Buka semula program tersebut jika perlu.

        Akhir sekali, kami yakin bahawa setelah mengikuti penyelesaian dalam panduan ini, anda akan dapat mengatasi masalah penggunaan CPU tinggi di Windows 11.

        Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
        Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

        Leave a Comment

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Scroll to Top