Sesiapa yang membaca ini mesti keliru bagaimana cara untuk setup bilik gaming, bukan? Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting yang anda patut tahu tentang persediaan bilik gaming yang selesa.
1. Kerusi Gaming
Kerusi gaming adalah sangat penting kepada setiap “gamer”. Jika anda seorang gamer tegar, anda akan menghabiskan banyak masa di atas kerusi. Sebaik-baiknya gunakan kerusi yang direka khusus untuk gaming, jangan gunakan kerusi plastik. Pemilihan tempat duduk yang salah boleh menyebabkan sakit pinggang, sakit pinggang dan kebas.
2. Meja
Pemilihan meja yang salah atau sempit boleh saya katakan akan menyebabkan anda kalah berterusan kerana ruang yang sempit untuk mengawal mouse anda. Oleh itu, pilih meja yang besar atau luas yang membolehkan tangan anda bergerak dengan bebas tanpa gangguan dari objek lain.
3. Kabel
Untuk memastikan bilik gaming anda kelihatan rapi dan kemas, cadangan saya kepada anda kalau boleh lebih baik anda membeli pemegang kabel. Terdapat juga promosi di sekitar MR DIY. Kabel yang tidak kemas boleh tertarik tanpa sengaja atau penebat kabel koyak, yang mana boleh membahayakan diri anda dan merosakkan PC anda.
4. Kedudukan PC
Kedudukan PC juga perlu dititikberatkan kerana banyak habuk di kawasan yang tertutup dan boleh mencemari PC anda, menyebabkan PC cepat panas. Oleh itu, CPU harus diletakkan di ruang terbuka untuk menjadikan aliran udara lebih luas. Selain itu, PC berdebu boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi PC anda, seperti lag, slow dan hang.
5. Wifi
Ini yang paling penting! Anda tidak boleh tiba-tiba “terputus internet” di tengah-tengah permainan yang sengit, bukan? Jadi pastikan wifi anda kukuh dan laju supaya prestasi anda tidak terjejas.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech