5 Tips Penting Sebelum Membeli Custom Gaming PC

Jika anda merancang untuk memiliki custom gaming pc, berikut ialah beberapa tips penting sebelum anda membelanjakan wang anda!

1. Berapakah bajet anda?

Buat pengetahuan anda, custom gaming pc biasanya lebih mahal daripada pc biasa. Ini kerana ia memerlukan high spec komponen. Sangat jauh bezanya jika menggunakan pc untuk kerja pejabat.

Dengan custom gaming pc, anda perlu membelanjakan sedikit wang untuk memastikan gaming experience anda mantap. Kesimpulannya, semakin besar bajet, semakin tinggi kualiti yang anda boleh dapat.

Jika bajet anda rendah, anda boleh membeli komponen secara berasingan daripada pembekal yang berbeza. Kemudian anda hanya perlu menghantarnya sahaja untuk dipasang.

Di bawah ialah anggaran harga pasaran semasa untuk PC (PC Tower sahaja):

  • Pejabat – Minimum RM1,000
  • Gaming- Minimum RM1,700
  • Gaming, Streaming & Editing – Minimum RM2,500

Sebaik-baiknya jangan beli PC yang harganya lebih rendah daripada ini kerana saya bimbang kualitinya kurang memuaskan.

2. INTEL atau AMD?

Gaming pc memerlukan processor yang agak high spec untuk prestasi yang lebih padu semasa bermain game. Jadi pastikan anda telah meneliti jenis processor yang sesuai untuk anda. Terdapat dua jenis processor yang terkenal iaitu processor Intel dan AMD.

Intel vs AMD

Kedua-dua processor ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing, baik dari segi prestasi, harga, ketahanan dan kualiti.

Tetapi kini kedua-duanya boleh dianggap mempunyai kualiti dan prestasi yang sama. Cuma ia masih mempunyai kelebihan dan kekurangan, seperti:

Intel

KelebihanKekurangan
Mengawal suhu dengan baik.Harganya lebih mahal dari AMD.
Lebih terkenal dari AMD dan mudah didapati.Kurang memuaskan dari segi kualiti grafik.
Senyap semasa digunakan.Melekat dengan motherboard. Jika processor rosak, anda
terpaksa menggantikan motherboard sekali. Ini menyebabkan
kos membaikinya bertambah mahal.

AMD

KelebihanKekurangan
Harganya mampu milik.Cepat overheat.
Cepat detect virus.Kurang popular.
Kualiti grafik cantik.Slow dalam kerja rendering.

AMD dan Intel kini menawarkan pengguna mereka lebih banyak pilihan CPU pada harga yang berbeza. Intel mempunyai sejarah membuat beberapa CPU terbaik di pasaran, seperti Intel Core i7-8700K.

Baru-baru ini, AMD turut memperkenalkan platform Ryzen baharunya, yang menawarkan CPU berprestasi tinggi pada bajet yang rendah.

3. Motherboard

Motherboard mengandungi komponen penting PC, seperti graphic card, processor dan semua komponen lain yang perlu dalam sebuah komputer. Jika motherboard anda rosak, PC anda juga tidak akan berfungsi.

Motherboard 

Gamers selalunya mengambil masa yang lama ketika bermain game, jadi komponen dalam PC mereka bekerja lebih keras. Itulah sebabnya penting untuk memilih motherboard yang tahan dan boleh support untuk penggunaan maksimum. Salah satu perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli motherboard ialah soket processor dan slot RAM.

Contohnya, jika anda mempunyai processor Intel, pilih motherboard dengan soket processor Intel. Ini kerana soket Intel berbeza daripada AMD. Bagi jenis RAM pula, setiap motherboard mempunyai slot RAM yang berbeza. Sesetengah boleh menggunakan sehingga 4 blok RAM. Jadi, pilih motherboard dengan slot RAM DDR3 atau DDR4.

4. Video Card/Graphic Card (GPU)

Graphic card digunakan untuk menguruskan grafik PC. Grafik Windows dan game anda tidak akan cantik dan menarik tanpa graphic card. Ia lebih kurang sama dengan RAM dan dipanggil Virtual Ram (VRAM) kerana ia mempunyai kapasiti rawak 2GB dan jenis DDR5.

NVIDIA SUPER vs AMD RX 5700 XT

Kami mengesyorkan agar anda memilih GPU yang sesuai untuk kegunaan anda. Contohnya, jika anda mempunyai skrin monitor yang besar, gunakan GPU 2GB VRAM, grafik rendah pula gunakan 2GB VRAM dan grafik tinggi gunakan 4GB VRAM.

Kedua-dua Nvidia dan AMD menawarkan pilihan kad grafik yang sangat baik. Jika anda keliru, anda boleh membaca ulasan pengguna lain tentang graphic card tersebut sebelum membeli.

Ini membantu mengelakkan kekeliruan dan memastikan bahawa graphic card yang anda beli boleh run pelbagai jenis game yang anda ingin mainkan. Jika anda ingin menjimatkan wang, Nvidia GeForce GTX 1050 Ti adalah pilihan yang sesuai.

5. Storan (ROM)

Read Only Memory (ROM) digunakan untuk menyimpan dan menulis data. Terdapat dua jenis storan, Solid State Drive (SSD) dan Hard Disk Drive(HDD).

Sebelum ini kami telah menulis tentang perbezaan antara SSD dan HDD, klik pada pautan seterusnya untuk membaca lebih lanjut > SSD vs HDD.

SSD vs HDD

Jika anda ingin perbandingan, sudah tentu SSD lebih pantas dan memberi prestasi yang lebih baik dalam gaming, terutamanya apabila loading screen game tersebut.

HDD, sebaliknya, mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih menjimatkan kos sebagai storage besar.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top