Perbezaan Antara Ram & Rom Yang Ramai Tidak Tahu

Ram dan Rom. Kedua-duanya adalah perkakasan komputer yang bertindak sebagai memori dan bertanggungjawab untuk media storan pada komputer, komputer riba dan peranti lain.

Walaupun fungsi kedua-dua jenis memori ini adalah sama, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis perkakasan komputer ini yang perlu kita ketahui. Sebelum itu, mari kita fahami apa itu RAM dan ROM.

Definisi RAM dan ROM

Random Access Memory (RAM) = Cip dalam komputer yang menyimpan data sementara yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Read Only Memory (ROM) = Cip yang menyimpan atur cara yang diperlukan untuk memulakan proses permulaan komputer. Data yang disimpannya adalah kekal dan tidak boleh diubah dan diprogramkan semula.

Fungsi

Fungsi utama RAM adalah untuk menyimpan fail sementara dalam komputer anda. Ia juga boleh dikatakan support processor dengan membantu operating system dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk maklumat sampai ke processor.

Cip ROM digunakan untuk proses permulaan komputer dan untuk menyimpan program BIOS pada motherboard. Ia menyimpan data secara kekal, yang bermaksud walaupun anda memulakan semula atau mematikan komputer, data itu tidak akan hilang.

Cip ROM biasanya digunakan dalam Nintendo, Gameboy, Sega Genesis dan sistem konsol permainan lain.

Berapakah kapasiti storan RAM dan ROM?

ROM boleh menyimpan 4 hingga 8 MB data setiap cip, manakala RAM boleh menyimpan 1 hingga 256 GB data setiap cip. Kapasiti RAM boleh dinaik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi, manakala ROM tidak boleh ditukar.

Jenis RAM dan ROM

RAM datang dalam bentuk cip atau kad. Cip biasanya ditemui dalam telefon pintar, manakala komputer dan komputer riba datang dalam bentuk kad. Terdapat 2 jenis RAM iaitu:

Static RAM (SRAM) = RAM standard yang biasa digunakan oleh pengguna.
RAM Dinamik (DRAM) = Memori yang menggunakan kapasitor berasingan untuk menyimpan setiap bit data.

Panduan memilih RAM telah kami kongsikan di blog sebelum ini, kalau nak baca boleh klik sini.

ROM datang dalam jenis storan kekal seperti pendrive, hard disk, CD-ROM, DVD-ROM dan
sebagainya. Terdapat 3 jenis ROM iaitu:

PROM = Kemasukan data ditulis secara elektronik.
EPROM = Pengekalan maklumat dan data jangka panjang.
EEPROM = Entri boleh diakses pada bila-bila masa tanpa perlu membuang data sebelumnya.

Inilah perbezaan antara RAM dan ROM yang boleh kami kongsikan sekarang. Jika anda rasa artikel ini berguna, mari kongsikan dengan rakan anda di media sosial!

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top