8 Idea Bisnes Untuk Pakar Komputer Menjana Pendapatan

Masih ramai pakar komputer di luar sana yang tidak ada sebarang idea bagaimana untuk menjalankan bisnes komputer. Jadi kepakaran dan kemahiran mereka pun tidak berkembang atau dengan kata lain, mereka tidak dapat menjana pendapatan dengan kemahiran dan kepakaran mereka.

Akhirnya, sebilangan daripada mereka bekerja diluar bidang mereka seperti bekerja di kedai runcit, bekerja di pet shop dan sebagainya. Terdapat banyak potensi bisnes dan peluang untuk pakar komputer seperti anda diluar sana.

Jadi hari ini saya ingin membuat perkongsian kepada anda khususnya kepada pakar komputer mengenai 8 Idea Bisnes Untuk Pakar Komputer Menjana Pendapatan.

1. Web Designer

Apa pun jenis perniagaan memang memerlukan website. Jadi, jika anda berpengalaman dalam reka bentuk dan teknologi membina website, anda boleh menyediakan perkhidmatan anda sebagai web designer dan bekerja dengan semua jenis pelanggan yang berbeza.

Jika anda berminat untuk membuat website, saya seorang pereka laman web atau web designer. Anda boleh mengisi maklumat anda di page ini.

2. IT Consultant

Anda juga boleh berkhidmat sebagai perunding IT dan menawarkan perkhidmatan anda secara meluas kerana pelanggan anda akan mempunyai pelbagai masalah berkaitan teknologi.

3. Blogger

Jika anda ingin berkongsi kepakaran anda dengan audience yang lebih besar, anda boleh memulakan blog anda sendiri dan menulis tentang komputer dan aspek lain dalam industri teknologi.

4. Repair Service Provider

Komputer sering menghadapi masalah teknikal. Oleh itu, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda sebagai perniagaan pembaikan komputer, sama ada anda yang datang kepada pelanggan anda atau pelanggan yang datang ke lokasi anda.

5. Tech Support Call Center Operator

Untuk soalan IT yang lebih mudah, anda boleh menggunakan kepakaran teknikal anda melalui telefon. Mulakan pusat panggilan anda di mana orang ramai boleh menghubungi anda dengan bertanyakan soalan atau masalah dan seterusnya membincangkan penyelesaian.

6. Software Developer

Dengan kemahiran anda, anda boleh develop program software anda, kemudian anda boleh mula menjual software tersebut dan mulakan bisnes dengannya.

7. Software Programmer

Jika anda mahu membantu mencipta software program, anda boleh menggunakan kemahiran anda sebagai programmer dan menawarkan servis anda untuk syarikat software atau syarikat lain yang ingin menjual software.

8. Software Engineer

Jurutera juga boleh menjadi bahagian penting dalam proses developing software. Anda boleh menggunakan kemahiran anda dan menawarkan servis memeriksa program, dan membantu syarikat menyediakan penyelesaian kepada sebarang isu yang mungkin timbul.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top