Cara Mengetahui 4 Perbezaan Antara MBR vs GPT

Jika anda sedang membina PC, anda mungkin ditanya bagaimana anda mahu memasang operating system anda – MBR atau GPT?

Perbezaan antara partition MBR dan GPT agak mudah. Tetapi terdapat banyak maklumat yang akan membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang setiap jenis table partition, dan bila anda harus memilih satu daripada yang lain.

Dalam artikel ini kita akan membincangkan apa itu partition, perbezaan antara partition MBR dan GPT, sama ada anda perlu menaik taraf daripada satu jenis partition ke yang lain, dan banyak lagi.

Apa itu partition?

Partition ialah virtual division hard disk drive (HDD) atau solid sate drive (SSD). Setiap partition boleh berbeza-beza dalam saiz dan biasanya mempunyai fungsi yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam Windows biasanya terdapat small recovery partition dan partition sistem fail yang besar berlabel C:. C: adalah perkara yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang, kerana ia adalah tempat anda biasanya install program anda dan menyimpan pelbagai fail anda

Jika anda install sendiri operating system, selalunya installer akan mencadangkan default partition dan saiz partition. Sekali lagi, anda biasanya tidak perlu membuat sebarang adjustment.

Nota: Saya akan menggunakan istilah “drive” untuk merujuk kepada kedua-dua HDD dan SSD mulai sekarang.

Dua Jenis Table Partition Utama: MBR dan GPT

MBR adalah singkatan kepada Master Boot Record, dan merupakan sedikit ruang yang dikhaskan pada permulaan drive yang mengandungi maklumat tentang cara partition disusun. MBR juga mengandungi kod untuk melancarkan operating system, dan kadangkala ia dipanggil Boot Loader.

GPT ialah singkatan GUID Partition Table dan merupakan piawaian yang lebih baharu yang perlahan-lahan menggantikan MBR.

Tidak seperti table partition MBR, GPT menyimpan data tentang cara semua partition disusun dan cara untuk boot OS sepanjang drive. Dengan cara itu jika satu partition dipadamkan atau rosak, anda masih boleh boot dan memulihkan beberapa data.

Jika anda membeli komputer anda dalam tempoh lima tahun yang lalu atau lebih, kemungkinan besar ia menggunakan table partition GPT dan bukannya table MBR yang lebih lama.

Perbezaan antara partition MBR vs GPT

Terdapat beberapa perbezaan antara partition MBR dan GPT, tetapi kami akan membincangkan beberapa yang utama di sini.

Pertama, kapasiti maksimum table partition MBR hanyalah kira-kira 2 terabait. Anda boleh menggunakan drive yang lebih besar daripada 2 terabait dengan MBR, tetapi hanya 2 terabait pertama drive akan digunakan. Baki storan pada drive akan dibazirkan.

Sebaliknya, table partition GPT menawarkan kapasiti maksimum 9.7 zetabait. 1 zetabait ialah kira-kira 1 bilion terabait, jadi anda tidak mungkin kehabisan ruang dalam masa terdekat.

Seterusnya, table partition MBR boleh mempunyai maksimum 4 partition berasingan. Walau bagaimanapun, salah satu daripada partition tersebut boleh dikonfigurasikan menjadi extended partition, iaitu partition yang boleh dibahagikan kepada 23 partition tambahan. Jadi bilangan maksimum partition yang boleh dimiliki oleh table partition MBR ialah 26 partition.

Table partition GPT membenarkan sehingga 128 partition berasingan, yang lebih daripada cukup untuk kebanyakan aplikasi dunia sebenar.

Memandangkan MBR lebih lama, ia biasanya dipasangkan dengan sistem BIOS Legacy yang lebih lama, manakala GPT ditemui pada sistem UEFI yang lebih baharu. Ini bermakna bahawa partition MBR mempunyai keserasian software dan hardware yang lebih baik, walaupun GPT mula mengejar.

Perlukah anda upgrade daripada MBR kepada GPT?

Jika salah satu drive anda sedang menggunakan table partition MBR, anda mungkin bertanya kepada diri sendiri sama ada anda perlu menaik taraf kepada standard GPT yang lebih baharu.

Pendek kata, jangan. Bak kata pepatah, kalau tak rosak, jangan repair.

Sangat mudah untuk merosakkan sektor MBR drive, menjadikannya mustahil untuk boot semula. Kemudian sama ada perlu mencipta drive recovery USB dengan Windows atau Linux dan cuba membaiki MBR, atau padam sepenuhnya drive dan install semula operating system.

Bercakap daripada pengalaman, ia tidak berbaloi dengan sakit kepala anda.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana anda mungkin kena mempertimbangkan untuk upgrade daripada MBR kepada GPT.

Sebagai contoh, mungkin anda ingin menaik taraf drive anda kepada drive yang lebih besar daripada 2 terabait atau anda memerlukan lebih daripada 26 partition. Walaupun dalam kes ini, anda perlu memastikan bahawa hardware anda juga boleh support table partition GPT dan BIOS UEFI.

Jika anda telah melakukan penyelidikan dan anda ingin upgrade ke GPT, pastikan anda sudah backup drive anda dan semua data penting.

Kesimpulan

Walaupun memahami perbezaan antara partition MBR dan GPT sedikit memeningkan, semoga anda berjaya melaluinya tanpa halangan.

Jika semua yang anda mahukan ialah rujukan pantas untuk perbezaan antara partition MBR dan GPT, berikut ialah table yang berguna:

PERBEZAANMBRGPT
Kapasiti maksimum2TB9.7ZB (~9.7 billion terabytes)
Maksimum partition26128

Lokasi data partition/bootPada permulaan driveSepanjang drive
Jenis BIOSLegacy BIOSUEFI

Pastikan anda mempunyai backup sebelum anda mengubah partition anda.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top