Perbezaan Antara UEFI & Legacy | Mana Yang Lebih Baik?

Perbezaan utama antara UEFI dan boot legacy ialah UEFI merupakan kaedah terbaharu untuk boot komputer yang direka untuk menggantikan BIOS manakala boot legacy ialah proses boot komputer menggunakan firmware BIOS.

UEFI ialah kaedah boot baharu yang menangani batasan BIOS. Ia diuruskan oleh sekumpulan cipset, hardware, sistem, firmware dan vendor OS yang dipanggil UEFI Forum. Boot legacy ialah kaedah biasa untuk boot sistem menggunakan BIOS. Secara ringkasnya, UEFI menyediakan ciri keselamatan tambahan dan pemprosesan pantas pada komputer. Ia menawarkan secure boot yang boleh mencegah virus daripada masuk semasa boot.

Apa itu UEFI?

UEFI adalah singkatan dari Unified Extensible Firmware Interface. Kebanyakan motherboard baharu terdiri daripada jenis ini. Ia mempunyai lebih banyak kelebihan daripada menggunakan BIOS. Paling penting, ia menyediakan Graphical User Interface (GUI) yang mesra pengguna. BIOS pula menyediakan skrin warna biru dengan pelbagai pilihan. BIOS biasa tidak boleh support storage yang besar manakala UEFI pula boleh support storage yang besar.

Dalam BIOS biasa, ia menggunakan keyboard untuk memilih options, manakala UEFI pula membolehkan anda mengawal interface menggunakan mouse. Selain itu, UEFI mempunyai safe mode. Ia boleh mengelak sebarang driver yang tidak ditandatangani secara digital daripada di download dan membantu menghalang sebarang malware. Sesetengah komputer dengan UEFI juga membolehkan pengguna enable legacy BIOS compatibility mode.

Boot UEFI menggunakan UEFI firmware. Ia mengekalkan senarai volum yang dipanggil EFI service partitions. Semasa Power On Self-Test (POST), iaitu untuk menyemak sama ada semua hardware berfungsi dengan betul, firmware UEFI mengimbas semua bootable storage devices yang disambungkan kepada sistem untuk mendapatkan GUID Partition Table (GPT) yang sah. Firmware itu sendiri menyemak GPT untuk mencari partition EFI untuk boot.

Apa itu Legacy Boot?

Legacy Boot ialah proses boot yang digunakan oleh firmware BIOS. Ia menyimpan senarai storage yang dipasang yang boleh boot seperti Floppy Disk Drives, Hard Disk Drives, Optical Disk Drives, dll. Apabila komputer dihidupkan, BIOS melakukan Power On Self-Test (POST). Kemudian internal speaker akan mengeluarkan bunyi bip untuk menunjukkan bahawa boot adalah normal. Kod bip membantu untuk mengenal pasti kod dan bertindak atas penyelesaian masalah selanjutnya.

Rajah 1: BIOS

Selepas melengkapkan prosedur POST, firmware akan memuatkan sektor pertama setiap storage ke dalam memori. Kemudian, ia mengimbasnya untuk mendapatkan Master Boot Record (MBR) yang sah. Jika MBR yang sah ditemui, firmware menghantar pelaksanaan kepada bootloader untuk memilih partition untuk boot. Jika satu tidak ditemui, ia meneruskan ke device seterusnya dalam susunan boot..

Perbezaan Antara UEFI dan Boot Legacy

Definisi
UEFI ialah proses boot dalam komputer moden yang menyediakan advanced capabilities daripada BIOS. Legacy Boot ialah proses boot komputer menggunakan firmware BIOS. Ini menerangkan perbezaan asas antara UEFI dan Legacy.

Fungsi
Selain itu, UEFI menggunakan URFI firmware yang mengekalkan senarai volum boot yang sah dikenali sebagai EFI Service Partitions untuk proses boot. Legacy boot menggunakan firmware BIOS untuk proses boot.

Ciri-ciri
Satu lagi perbezaan penting antara UEFI dan Legacy ialah UEFI mempunyai ciri keselamatan tambahan dan lebih cekap daripada legacy.

Kemesraan Pengguna
Selain itu, UEFI lebih mesra pengguna daripada Boot Legacy.

Menyemak Bootable Storage
UEFI menggunakan GUID Partition Table (GPT) makala BIOS menggunakan partition Master Boot Record (MBR).

Kesimpulan
Perbezaan antara UEFI dan boot legacy ialah UEFI merupakan kaedah terbaharu untuk boot komputer yang direka untuk menggantikan BIOS manakala boot legacy ialah proses boot komputer menggunakan firmware BIOS. Secara ringkasnya, UEFI ialah pengganti BIOS.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top