Cara Menyelesaikan Masalah No Audio / Sound Di Komputer Anda

Jika anda tidak mendengar sebarang bunyi atau no audio melalui speaker anda semasa memainkan lagu, video, game atau aktiviti yang berkaitan, semak bahagian di bawah untuk mendapatkan bantuan tentang cara menyelesaikan masalah audio komputer anda.

Semak Software Volume Control Settings

Banyak program software dan game mempunyai settings untuk mengawal output bunyi, dan setting ini boleh override setting dalam Windows. Cari ikon speaker atau setting bunyi dalam bar menu software atau bar status, dan semak sama ada bunyi itu muted atau dimatikan.

Bunyi yang muted atau sangat rendah volume selalunya merupakan setting bunyi default dalam video playback software atau online video sites, seperti YouTube. Unmuting bunyi atau meningkatkan kelantangan bunyi selalunya menyelesaikan masalah audio anda .

Jika setting sound software tidak mute, dan anda telah meningkatkan kelantangan bunyi dalam software setting, tetapi anda masih mengalami masalah audio, teruskan ke bahagian seterusnya.

Semak Windows Volume Control Settings

Semak ikon audio Windows 10 di kawasan notification Windows di sudut kanan bawah desktop Windows. Jika ikon ini tiada, ikut langkah di bawah. Jika anda melihat ikon ini, langkau ke bahagian seterusnya.

Windows 10

  1. Buka Control Panel.
  2. Klik ikon Taskbar and Navigation.
  3. Pada Taskbar page, scroll down ke bahagian Notification dan klik Select which icons appear on the taskbar.
  4. Cari option Volume pada page. Di sebelah kanan pilihan itu, pastikan suis ditetapkan kepada On. Jika tidak, klik suis untuk menghidupkannya. Suis dihidupkan apabila ia berwarna biru.
  5. Tutup Taskbar Setting.

Windows Vista & 7

  1. Buka Control Panel.
  2. Klik ikon Taskbar and Start menu.
  3. Pada Taskbar page, di bahagian Notification, klik Customize.
  4. Scroll down sehingga anda jumpa Volume option dan speaker icon. Di sebelah kanan pilihan itu, pastikan option Show icon and notifications dipilih. Jika tidak, pilih option ini.
  5. Jika anda menukar pilihan dalam drop-down menu, klik OK dalam window dan klik OK pada Taskbar and Start menu Properties dan tutup Control Panel.

Sahkan Settings Driver

  1. Buka Device Manager.
  2. Sahkan tiada konflik atau error (tanda seru kuning atau X merah) di sebelah mana-mana device yang disenaraikan.
  3. Sahkan tiada Other devices disenaraikan dengan mengklik View di bahagian atas window dan memilih Show hidden devices.
  4. Sahkan senarai kategori sound, video dan game controllers .
  5. Jika tiada konflik atau device lain disenaraikan, dan sound card anda disenaraikan tanpa konflik, langkau ke bahagian seterusnya.

Update Driver

Jika cara-cara diatas tidak dapat menyelesaikan masalah audio laptop atau PC anda, anda kena cuba untuk kemaskini driver anda.

Mengemaskini sistem anda sangat penting untuk menjaga kestabilan dan prestasi pc atau laptop.

Ini langkah yang pertama anda perlu cuba sebelum membongkar laptop atau pc anda dan memeriksa hardware anda.

Akan tetapi, software untuk Driver Update memang banyak di luar sana. Persoalannya mana satu software yang terbaik? Berikut merupakan Senarai Software Driver Updater Terbaik.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top