NTLDR is Missing Error dan Bagaimana Cara Mengatasinya

Di bawah ialah mesej NTLDR error yang dilihat apabila komputer sedang boot.

Komputer sedang boot daripada sumber yang tidak boleh boot

Banyak kali error ini terjadi apabila komputer cuba untuk boot daripada floppy disk atau CD-ROM yang tidak boleh boot. Mula-mula pastikan bahawa tiada floppy disket atau CD dalam komputer, melainkan anda cuba boot dari disket.

Jika error ini berlaku semasa boot daripada floppy diskette, ia tidak mempunyai semua fail yang diperlukan atau rosak.

Jika anda cuba install Windows XP atau Windows 2000 dan mendapat mesej error ini, pastikan BIOS komputer mempunyai setting boot yang betul. Sebagai contoh, jika anda cuba run dan install daripada CD-ROM, pastikan ia adalah device pertama yang disenaraikan dalam boot sequence.

Juga, apabila komputer sedang boot, prompt berikut akan muncul pada skrin anda.

Press any key to boot from the CD

Apabila anda melihat prompt ini, tekan sebarang keypad pada keyboard dengan segera, seperti keypad Enter atau Spacebar. Jika tidak, komputer cuba boot dari hard drive dan mungkin mendapat error NTLDR sekali lagi.

Jika anda tidak menerima mesej di atas dan pilihan boot BIOS anda ditetapkan dengan betul, CD-ROM drive juga mungkin tidak boot daripada CD dengan betul. Pastikan jumpers ditetapkan dengan betul pada CD-ROM drive.

Hard Drive komputer tidak disetup dengan betul dalam BIOS

Pastikan hard drive komputer telah disetup dengan betul dalam BIOS setup. Settings yang tidak betul boleh menyebabkan error ini terjadi.

Penambahan Hard Drive Baru

Jika anda menambah hard drive baharu pada komputer, pastikan drive itu ialah drive kosong. Menambah hard drive baharu pada komputer yang telah dipasang Windows padanya boleh menyebabkan error NTLDR berlaku.

Kabel Hard Drive IDE/EIDE longgar atau rosak

Isu ini diketahui berpunca daripada kabel IDE/EIDE yang longgar atau rosak. Jika hard drive anda menggunakan interface IDE atau EIDE, pastikan kabel hard drive komputer disambungkan dengan kukuh. Tanggalkan sambungan dan sambung semula kabel, pastikan sambungannya sesuai dan selamat.

Jika isu itu berterusan, kabel itu rosak dan harus diganti dengan kabel lain.

Corrupt Boot Sector atau Master Boot Record

Hard Drive komputer anda mungkin mempunyai sektor boot atau master boot record yang rosak. Ini boleh dibaiki melalui Microsoft Windows Recovery Console dengan run commands fixboot dan fixmbr.

Hard Drive Rosak

Jika cadangan di atas tidak menyelesaikan isu ini, terdapat kemungkinan besar hard drive itu rosak dan perlu diganti. Anda boleh cuba memasang hard drive baharu dan install Windows pada hard drive itu untuk melihat sama ada ianya boleh menyelesaikan isu tersebut.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top