4 Open Source Terbaik Untuk Customize Windows 10 Anda

Windows 10 merupakan sebuah sistem operasi yang telah dikeluarkan oleh Microsoft pada 29 Julai 2015, yang merupakan pengganti kepada Windows 8.1 yang telah dikeluarkan pada 27 Ogos 2013.

Setiap individu pasti mempunyai citarasa sendiri dan sudah tentu menginginkan homescreen yang mengikut citarasa mereka.

Oleh demikian itu, berikut merupakan beberapa aplikasi yang direkomendasikan untuk customize homescreen Windows 10 anda.

PowerToys

PowerToys
PowerToys

Ini merupakan sebuah aplikasi atau program terbuka yang disediakan oleh Microsoft untuk pengguna-pengguna Windows 10 dan 11 yang mahir.

Program ini dikeluarkan dengan bertujuan untuk memberi pengalaman, meningkatkan produktiviti serta membenarkan personalisis yang lebih besar.

Berikut merupakan beberapa feature atau utility yang telah disediakan dalam PowerToys yang berguna kepada setiap individu.

1. Always On Top

Alat Always On Top membenarkan pengguna untuk pin tab Windows sebagai aplikasi paling atas walaupun beberapa aplikasi telah dibuka selepas Windows. Untuk mengaktifkan feature ini, pengguna hanya perlu tekan icon Windows + Ctrl + T.

2. PowerToys Awake

Feature ini membolehkan pengguna untuk membuat kerja yang memerlukan banyak masa tanpa device mereka terpadam.

Ia sangat direkomendasikan kepada pelajar-pelajar universiti serta individu yang bekerja kerana anda tidak perlu mengubah power usage serta sleep setting.

3. Mouse Utilities

Utiliti ini membolehkan pengguna untuk mengenalpasti tentang keberadaan cursor mouse mereka, dengan adanya function Find My Mouse yang akan fokuskan spotlight pada cursor mereka.

4. Peek

Feature ‘Peek’ ini membolehkan pengguna untuk check isi sesebuah file tanpa perlu membuka banyak aplikasi yang boleh mengganggu aliran kerja seseorang individu.

Shortcut untuk feature ini adalah Ctrl + Spacebar setelah menekan file yang ingin di check.

Start10

Start10
Start10

Jika PowerToys adalah sebuah utiliti yang menyenangkan para pengguna Windows 10 dan 11, maka Start10 adalah utiliti yang boleh membuatkan kedua-dua Windows Kembali seperti Windows 7, tetapi dengan ciri-ciri moden.

Without Start10
Without Start10

Antara feature-feature yang ada pada Start10 adalah termasuk menukarkan atau menggantikan warna background pada Start menu, memilih theme Start menu yang berlainan daripada yang sedai ada, memilih icon Start yang berbeza, mengawal apa yang ditunjukkan pada Start menu serta mengawal brightness background Start menu, dengan kata lain menyesuaikan paparan Start menu agar lebih jelas atau lebih samar ikut kesesuaian serta keselesaan pada mata pengguna.

T-Clock

T Clock
T Clock

T-Clock atau White Tiger merupakan sebuah utiliti yang membolehkan pengguna untuk menggantikan default clock yang ada pada taskbar Windows 10 kepada corak atau bentuk jam yang boleh disuaikan.

Ciri-ciri utama pada T-Clock adalah termasuk mengubah format jam antara 12-jam (12-11am / 12-11pm) atau 24-jam (01-12 / 13-00), mengubah warna, font serta bentuk jam dan adjust kedudukan jam pada homescreen mengikut kreativiti pengguna.

Klik sini : Tutorial / Cara Menggunakan T-Clock

TaskBarX

TaskBarX
TaskBarX

Ia pernah dikenali sebagai FalconX / Falcon10 telah ditubuhkan sejak 6 Mei 2018 dan ia masih diguna pakai sehingga kini.

Oleh kerana feature-featurenya yang menarik, ia telah menarik minat pengguna-pengguna dari pelbagai golongan yang mempunyai kreativiti tinggi.

Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mengambil alih dalam menukarkan posisi icon pada taskbar pengguna serta akan memberi pengguna dok Windows yang asal.

Icon yang ada pada taskbar pengguna boleh digeser ke kiri dan kanan, dipindahkan ke tengah-tengah taskbar atau ke kedudukan yang telah diberikan  kepada pengguna ketika icon ditambah atau dibuang dari taskbar.

Lain daripada aplikasi-aplikasi yang telah disebut di atas, TaskBarX ini mempunyai feature animasi.

Pengguna boleh memilih salah satu daripada pelbagai animasi yang berbeza serta mengubah speed animasi tersebut.

Terdapat sesetengah pengguna tidak ingin menggunakan feature animasi dan ignin icon bergerak secara cepat, mereka boleh memilih option ‘None’.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top