Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai profesional.
Namun, kebergantungan kepada sambungan internet yang stabil boleh menjadi cabaran, terutamanya apabila berlaku gangguan internet.
Untuk memastikan produktiviti kekal terjaga, adalah penting untuk kita mempunyai akses kepada fail dan dokumen penting secara offline.
Berikut adalah beberapa cara untuk synchronize fail cloud ke komputer anda supaya boleh diakses tanpa sambungan internet.
1. Microsoft OneDrive

OneDrive ialah perkhidmatan cloud storage yang disepadukan dengan Windows, memudahkan synchronization fail antara cloud dan local device anda.
Mengaktifkan Synchronization Offline
Pastikan aplikasi desktop OneDrive diinstall di komputer anda. Buka setting OneDrive, kemudian pilih folder yang ingin disynchronize untuk offline akses.
Dengan ciri ini, anda boleh bekerja pada fail secara offline, dan perubahan akan disynchronize secara automatik apabila anda kembali online.
Files On-Demand
Ciri ini membolehkan anda menjimatkan ruang storage dengan menjadikan fail tersedia secara online sahaja.
Namun, anda boleh menandakan fail atau folder tertentu sebagai “Always Keep on This Device” untuk offline akses.
2. Google Drive
Google Drive menawarkan ciri offline akses yang membolehkan anda mengakses dan mengedit fail tanpa sambungan internet.

Mengaktifkan Mod Offline
Buka Google Drive dalam Chrome, masuk ke setting, dan aktifkan pilihan offline. Selepas diaktifkan, fail yang telah anda akses akan tersedia untuk kegunaan offline.

Aplikasi Backup and Sync
Download dan install aplikasi ini untuk synchronize folder antara Google Drive dan komputer anda. Pilih folder yang ingin disynchronize untuk memastikan fail tersebut tersedia secara offline.
3. Dropbox
Dropbox menyediakan ciri synchronization offline yang membolehkan anda mengakses fail tanpa sambungan internet.

Synchronization Fail dan Folder
Dengan aplikasi desktop Dropbox, anda boleh synchronize fail secara automatik ke komputer Windows atau Mac, membolehkan anda mengaksesnya walaupun offline.
Anda juga boleh menetapkan fail untuk synchronization offline di device iOS dan Android dengan aplikasi mudah alih Dropbox.
Penghapusan Jauh
Jika device anda hilang atau dicuri, Dropbox membolehkan anda memadam semua fail dan folder dari akaun Dropbox di device tersebut. Semua fail anda akan disimpan dengan selamat dalam cloud storage dan boleh direstore dengan mudah.
Tips Tambahan
- Pilih Fail yang Penting: Tidak semua fail perlu disynchronize untuk offline akses. Pilihlah fail atau folder yang sering anda gunakan atau yang penting untuk kerja anda.
- Periksa Ruang Storage: Pastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi dalam hard disk untuk menyimpan fail yang disynchronize.
- Kemas Kini Secara Berkala: Lakukan synchronization secara berkala untuk memastikan anda mempunyai versi fail yang terkini.
Dengan menetapkan synchronization file cloud untuk offline akses, anda boleh memastikan kelancaran kerja anda walaupun berlaku gangguan internet.
Setiap perkhidmatan cloud storage mempunyai ciri dan cara penyediaan yang berbeza, jadi pilihlah yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech