Bagaimana untuk masuk ke dalam Safe Mode Windows 10?
Situasi yang mungkin anda alami ialah apabila anda sedang menggunakan komputer atau laptop, tiba-tiba skrin peranti anda menunjukkan bluescreen. Lebih malang lagi, tiada juruteknik berdekatan kawasan anda. Apakah tindakan yang perlu diambil?
Jika anda pernah berhadapan dengan keadaan seperti ini, anda berada di tempat yang betul. Jika tidak, saya yakin suatu masa nanti anda mungkin mengalaminya. Oleh itu, penting untuk anda tahu langkah-langkah yang perlu diambil apabila berdepan dengan masalah ini.
Apakah Safe Mode dan apakah fungsinya?
Safe Mode merupakan satu ciri yang terdapat dalam sistem operasi anda. Ia biasanya digunakan untuk melakukan troubleshoot apabila berlaku masalah.
Dalam Safe Mode Windows 10, sistem hanya akan menggunakan driver dan program yang sangat penting semasa proses permulaan. Ini bermakna semua tetapan dan perisian yang mungkin menyebabkan masalah tidak akan aktif, membolehkan anda memperbaiki masalah tanpa gangguan.
Baru-baru ini, seorang pelanggan menerangkan kepada saya situasi yang dihadapinya semasa menggunakan laptop. Beliau mengatakan bahawa tiba-tiba laptopnya mengalami bluescreen. Oleh itu, saya mencadangkan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan Safe Mode.
Jadi bagaimana caranya?
- Shutdown laptop anda. Boleh terus force shutdown dengan hold power button.
- Switch on laptop anda semula dan pastikan logo Windows sudah dipaparkan pada skrin.
- Apabila logo Windows sudah dipaparkan pada skrin, matikan laptop anda semula. Boleh terus matikan dari soket plug atau force shutdown dengan tekan dan hold power button.
- Ulangi langkah diatas selama 3 kali.
- Langkah yang ketiga, apabila logo Windows dipaparkan pada skrin, biarkan saja.
- Komputer anda akan masuk ke Recovery Mode.
- Terdapat 3 pilihan iaitu Continue, Troubleshoot, dan Turn off your PC.
- Pilih Troubleshoot kemudian pilih Advanced Options.
- Kemudian pilih Startup Settings dan Restart komputer anda.
- Komputer anda akan Reboot dan anda boleh tekan nombor 4 iaitu Enable Safe Mode. Jika anda ingin menggunakan internet semasa safe mode, boleh tekan nombor 5.
- Komputer anda akan masuk ke Safe Mode dan anda boleh mula buat troubleshooting.
Apa Yang Perlu Anda Buat Ketika Dalam Safe Mode?
- Jika anda rasakan malware yang menyebabkan terjadinya masalah pada komputer anda, anda boleh run aplikasi antivirus untuk buang malware tersebut.
- Jika baru-baru ini anda ada install program dan menyebabkan komputer anda bermasalah, anda boleh uninstall program tersebut dengan mudah dalam safe mode.
- Jika anda rasakan driver anda yang menyebabkan sistem anda tidak stabil, anda boleh update driver tersebut dalam safe mode.
Jika komputer anda masih crash walaupun dalam safe mode, ini bermakna ada masalah pada hardware anda. Anda kena berhubung dengan juruteknik komputer berhampiran anda.
Sebaik sahaja masalah anda selesai, anda boleh kembali ke mode normal dengan melakukan restart pada komputer anda.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech