Sebagaimana yang diketahui umum, antivirus merupakan satu aplikasi yang direka untuk melindungi sistem dan maklumat daripada malware.
Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengesan dan menghalang virus yang cuba merosakkan fail peribadi dan fail sistem yang terdapat pada komputer pengguna.
Terdapat antivirus yang berbayar dan juga yang boleh diinstall secara percuma.
Hampir semua pengguna komputer atau laptop memasang antivirus dalam peranti masing-masing.
Namun, tidak ramai yang benar-benar memahami kebaikan yang terdapat dalam penggunaannya.
Mungkin disebabkan kurangnya pendedahan mengenai antivirus atau kekurangan usaha mencari maklumat tentang kebaikannya.
Tetapi tidak mengapa, mari kita kongsi sedikit ilmu mengenai fungsi antivirus!
1. Uninstall Program Secara Penuh
Biasanya, apabila ingin uninstall sesuatu program, pengguna menggunakan control panel. Namun, terdapat ketidakpastian sama ada aplikasi tersebut telah dipadam sepenuhnya. Dengan kehadiran antivirus, pengguna dapat memadam atau uninstall program tersebut daripada komputer atau laptop secara keseluruhan.
2. Melindungi Daripada Halaman Web Berbahaya
Virus sering disebar melalui iklan semasa pengguna melayari laman web. Apabila melayari laman web yang memaparkan banyak iklan, malware boleh menjangkiti laman web tersebut dan seterusnya, merosakkan laptop atau komputer. Ia boleh menghalang malware daripada menjangkiti peranti pengguna.
3. Mengesan Ancaman Virus dalam Emel dan Media Sosial
Tanpa disedari, virus juga boleh dipindahkan melalui perbualan di emel. Selain itu, berkongsi dokumen di media sosial juga merupakan punca pemindahan virus ke peranti lain. Antivirus berfungsi sebagai alat yang menapis mesej yang mengandungi malware agar tidak dapat memasuki emel pengguna.
4. Menghentikan Program-Program Berbahaya
Antivirus juga berfungsi untuk mengesan semua program yang dianggap berbahaya bagi sistem komputer. Program-program yang dianggap berbahaya biasanya mempunyai fail ‘.exe’ dan antivirus akan segera mengenal pasti program tersebut sebagai program berbahaya.
5. Melindungi Komputer Daripada Peranti yang Disambungkan
Apabila komputer sering digunakan untuk menyambungkan pelbagai peranti, pengguna tidak dapat pasti sama ada salah satu peranti yang disambungkan itu mempunyai virus. Oleh itu, dengan memasang antivirus, pengguna dapat memindahkan dokumen tanpa perlu bimbang mengenai penularan virus ke komputer atau laptop mereka.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech