Mengenal Pasti 5 Petunjuk Kerosakan RAM Komputer

Kerosakan pada RAM (Random Access Memory) boleh menyebabkan Blue Screen of Death (BSOD) pada komputer Windows. Apabila terdapat masalah dengan RAM, operating system  tidak dapat meneruskan operasi yang sedang berjalan dan akan menyebabkan crash yang disertai dengan BSOD.

How to Check How Much RAM You Have Thumb
RAM

Mengapa RAM (random Access Memory)Komputer Rosak

Jika komputer anda terlalu berdebu, RAM dan slot RAM boleh menjadi faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan pada RAM komputer.

Faktor lain yang perlu diambil kira adalah kemungkinan adanya gangguan pada slot RAM motherboard komputer anda.

RAM komputer boleh mengalami kerosakan dalam cara yang sama seperti yang telah disebutkan, karena setiap RAM yang dipasang ke dalam slot yang rosak akan mengalami masalah walaupun sebenarnya tidak rosak.

Debu yang terlalu banyak pada komputer dapat menyebabkan masalah dengan sambungan antara RAM dan slot RAM.

Hal ini dapat mengakibatkan kerosakan atau gangguan pada fungsi RAM.

Selain debu, gangguan pada slot RAM motherboard juga dapat menyebabkan masalah pada RAM.

Jika slot RAM tidak berfungsi dengan baik atau mengalami kerosakan, hal ini dapat mengganggu aliran data antara RAM dan motherboard yang menyebabkan kesalahan read and write dan mungkin akan merosakkan RAM.

Oleh karena itu, sangat penting untuk anda  melakukan service komputer secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengelakkan komputer anda daripada berdebu dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan kerosakan pada RAM komputer

Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang dapat menunjukkan masalah pada RAM:

  • Blue Screen of Death (BSOD) semasa proses pemasangan Windows: Jika anda mengalami BSOD semasa menginstall operating system Windows, ini boleh menjadi petanda yang kuat bahawa terdapat masalah dengan RAM komputer anda.
  • Crash secara rawak atau Blue Screen of Death: Jika komputer anda sering mengalami crash yang tidak dapat diramalkan atau sering mengalami BSOD semasa anda menggunakan aplikasi atau menjalankan tugas tertentu, ini boleh menjadi tanda bahawa terdapat masalah dengan RAM.
  • Kegagalan semasa booting: Jika komputer anda tidak dapat boot dengan betul dan anda mendengar bunyi ‘beep’ panjang yang berulang kali, ini mungkin menunjukkan adanya masalah dengan RAM.
  • Lampu komputer menyala, tetapi tiada display pada skrin.
  • Komputer dengan automatiknya restart ataupun freeze secara tiba-tiba.

Apa yang anda boleh buat dengan RAM yang bermasalah?

Anda boleh cuba untuk menggunakan pemadam dan membersihkan bahagian pin RAM, dan cuba semula pasang pada komputer dan hidupkan semula. Jika masalahnya berpunca daripada RAM yang kotor, komputer akan boleh on seperti biasa.

Tetapi jika masih sama, berkemungkinan besar RAM anda telah rosak dan perlu diganti.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Tuaran – Kota Kinabalu – Papar.

Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top