15 Kelebihan Memilih Tera Tech untuk Keperluan Komputer Anda

1. 5 Star Rating di Google

Ratings 1

Kedai Tera Tech mempunyai 5 star rating di Google, menunjukkan kualiti perkhidmatan yang tinggi berbanding kedai-kedai lain yang mempunyai penilaian rendah.

Ini membuktikan bahawa kami sangat menjaga kepuasan pelanggan.

2. Customer Service oleh Pemilik Kedai

Di Kedai Tera Tech, khidmat pelanggan diuruskan secara langsung oleh pemilik kedai, memastikan perkhidmatan yang cepat dan efisien.

Customer service

Pemilik sendiri yang akan mengesahkan penerimaan laptop, memberikan sebut harga, memberikan cadangan, update progress from time to time, memeriksa semula laptop selepas dibaiki oleh technician, dan menghubungi pelanggan untuk mengambil laptop mereka.

Pemilik juga akan melakukan follow up beberapa hari selepas pelanggan menerima laptop untuk memastikan tiada masalah selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Untitled design

Ini membezakan kami daripada kedai lain di mana urusan diuruskan oleh kakitangan yang mungkin kerja sambil lewa, sering bertukar kerja, atau diberhentikan.

Sebaliknya, pemilik kedai Tera Tech sentiasa menjaga perniagaan dan pelanggannya dengan penuh dedikasi.

3. After Sales Support yang cekap

Kami menyediakan sokongan selepas jualan yang sangat membantu, di mana pemilik kedai sendiri mendengar masalah pelanggan melalui telefon dan seterusnya membantu mereka di talian mahu pun di kedai.

Tidak kira sama ada pelanggan baru atau lama, kami sentiasa sedia membantu.

4. Bukti Kerja Melalui Video di TikTok

Tera Tech memaparkan video semasa proses perkhidmatan di TikTok, memberikan bukti kerja yang dilakukan untuk setiap komputer riba pelanggan.

tiktok
Tiktok Tera Tech

Ini memastikan ketelusan dan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan kami.

5. Laman Web Teratur dan Informatif

Laman web Tera Tech memaparkan kerja-kerja yang telah diselesaikan, lesen-lesen berdaftar, sijil penghargaan, dan artikel rujukan yang sentiasa dikemas kini.

Screenshot 5
Screenshot 6

Rujuk di sini : About Us.

Ini menunjukkan bahawa kami adalah sebuah organisasi yang teratur dan berbeza dari kedai-kedai lain.

6. Nombor Hubungan Tunggal

Screenshot 11

Kedai Tera Tech menggunakan satu nombor telefon sahaja yang diuruskan oleh pemilik kedai sendiri.

Ini mengelakkan kesalahfahaman antara pelanggan dan kakitangan, serta memastikan setiap komunikasi adalah jelas dan tepat.

Pemilik sendiri akan berurusan dengan pelanggan, sama ada sebelum atau selepas perkhidmatan.

Ini berbeza dengan kedai lain yang mempunyai banyak nombor telefon.

Saya pernah mengalami sendiri, satu kedai mempunyai enam nombor telefon.

Saya menghubungi kesemua nombor tersebut melalui WhatsApp, tetapi tidak mendapat sebarang respons.

Hanya setelah saya mendapatkan nombor pemilik kedai tersebut, barulah saya mendapat respons, namun dia merasa terganggu dan meminta saya menghubungi kakitangannya.

Situasi ini boleh menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pelanggan mendapat maklumat yang salah, serta membuang masa kerana tiada respons daripada nombor-nombor tersebut, sama ada melalui panggilan atau WhatsApp.

Kakitangan yang bekerja di kedai-kedai ini mungkin tidak komited sepenuhnya kerana ini bukan perniagaan mereka, dan mereka tidak mempunyai kepentingan di syarikat tempat mereka bekerja.

7. Juruteknik yang Terlatih dan Bertauliah

Setiap juruteknik di Tera Tech mempunyai latar belakang komputer yang bertauliah dan menerima latihan intensif daripada pemilik kedai sendiri.

Latihan ini tidak hanya meliputi aspek teknikal tetapi juga kemahiran berkomunikasi, etika kerja, pemasaran, dan operasi kerja di Tera Tech.

Ini memastikan setiap kerja dilakukan dengan kualiti yang tinggi dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

8. Masa Penyelesaian yang Pantas

Kami menyiapkan kerja dalam masa 3-5 jam sahaja, berbeza dengan kedai lain yang mungkin mengambil masa berhari atau berminggu.

2 2

Kepantasan ini menunjukkan kecekapan kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

9. Update Berkala kepada Pelanggan

izzat

Pelanggan akan sentiasa dihubungi mengenai perkembangan terkini mengenai pembaikan komputer riba mereka oleh pemilik kedai sendiri. Ini untuk mengelakkan pelanggan daripada tertanya-tanya tentang status pembaikan.

10. Pemilik Kedai sebagai Consultant / Tenaga Pengajar

WhatsApp Image 2023 10 15 at 5.24.34 PM

Pemilik kedai juga merupakan tenaga pengajar dan konsultan untuk kursus teknikal komputer.

Beliau memahami masalah pelanggan dan tahu solution yang tepat untuk diberikan kepada mereka.

Rujuk di sini : Gallery

11. Perkhidmatan On-Site dan Penghantaran

Kami menawarkan on-site service, perkhidmatan pengambilan dan penghantaran, online support, dan consultation percuma daripada pemilik kedai.

Ini memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan.

12. Zon Drop-Off yang Mudah

Tera Tech menyediakan zon drop-off yang mudah diakses tanpa perlu mencari tempat letak kereta di pusat membeli-belah, berdekatan dengan pintu utama.

Screenshot 12

Ini memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan.

13. Buka Setiap Hari

Kedai Tera Tech dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam, termasuk pada hari cuti umum.

Ini memastikan pelanggan sentiasa dapat mengakses perkhidmatan kami pada bila-bila masa.

14. Kerja yang Teratur dan Profesional

Juruteknik kami menggunakan alat-alat lengkap seperti bubble foam dan magnetic bowl untuk membaiki peranti pelanggan.

Keadaan kerja yang teratur ini memastikan perkhidmatan dilakukan dengan teliti dan profesional.

15. Mesyuarat Mingguan untuk Peningkatan Kualiti

Kami mengadakan mesyuarat setiap minggu untuk membincangkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ini menunjukkan komitmen kami dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Kesemua faktor ini menyumbang kepada harga perkhidmatan yang lebih tinggi di Tera Tech, namun ianya selaras dengan kualiti dan kecekapan yang kami tawarkan.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top