Laptop merupakan salah satu alat yang berharga untuk kerja, pembelajaran serta hiburan.
Akan tetapi seperti mana-mana alat, ia memerlukan penjagaan berkala untuk memastikan prestasi serta jangka hayat yang optimum.
Penjagaan asas laptop melibatkan tugas-tugas mudah dan senang yang boleh dilakukan secara berkala.
Ianya untuk menjaga peranti anda agar ia berfungsi dengan lancar.
Berikut adalah beberapa amalan penting yang perlu dipertimbangkan:
1. Pastikan Ia Sentiasa Berada Dalam Keadaan Bersih
- Debu boleh berkumpul pada permukaan laptop, keyboard serta saluran udara dan mengganggu prestasi serta menyebabkan pemanasan berlebihan terhadap laptop.
- Dengan menggunakan kain yang lembut , ia dapat bersihkan debu serta kotoran pada permukaan atas laptop.
- Manakala bagi saluran udara serta keyboard, gunakan semburan udara tekanan tinggi untuk mengeluarkan debu daripada dua tempat tersebut.
2. Memastikan Bahawa Software Sentiasa Di Update
- Operating system, antivirus software serta program lain harus sentiasa up to date untuk memastikan bahawa agar sistem laptop mempunyai security patches yang terkini dan prestasi laptop tidak merosot.
- Oleh kerana kebanyakkan laptop masa kini membenarkan automatic update, pengguna juga boleh membuat manual checking melalui setting.
- Baca juga : Mengapa Penting untuk Install Windows Updates?
3. Memberi Perhatian Terhadap Storage Laptop
- Jika anda telah menggunakan laptop anda terlalu lama, anda mesti perasan bahawa storage laptop anda sama ada hampir penuh ataupun telah penuh yang boleh melambatkan prestasi laptop anda.
- Penghapusan serta pemeriksaan berkala pada fail-fail dan data-data yang tidak lagi diperlukan sangat dicadang untuk membantu storage dan prestasi laptop.
- Pertimbangkan untuk menggunakan external storage atau cloud saver untuk menyimpan fail-fail yang besar, sekaligus membersihkan ruangan storage pada laptop anda.
4. Memberi Perhatian Pada Kesihatan Bateri
- Jika anda memiliki laptop dimana baterinya boleh ditanggalkan, pantaulah pada kesihatannya. Elakkan daripada membiarkan bateri laptop untuk berada di tahap yang sangat rendah sebelum menyambungkannya pada pengecas.
- Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada bateri di mana peningkatan tekanan serta mengurangkan jangka hayat bateri.
- Begitu juga dengan membiarkan laptop anda bersambung dengan pengecas, di mana bekalan kuasa masih lagi on dan peratus pada bateri laptop telah mencapai limitnya, iaitu 100%.
- Membiarkan laptop overcharge boleh mengurangkan jangka hayat bateri laptop sekaligus membuat laptop anda overheat.
- Ini Cara Menjaga Bateri Laptop Agar Lebih Tahan Lama.
5. Mengoptimumkan Coolness Laptop
- Cara untuk mengelakkan daripada laptop anda overheat adalah dengan sentiasa menggunakan laptop anda di atas permukaan yang rata serta elakkan daripada saluran udara tersumbat.
- Jika anda sering menggunakan laptop di persekitaran yang panas, anda haruslah pertimbangkan untuk membeli alas penyejuk laptop untuk tugas-tugas intensif.
6. Menggunakannya Dengan Berhati-hati
- Laptop merupakan alat elektronik yang sangat sensitif, oleh kerana itu amatlah penting untuk anda untuk mengendalikan serta menggunakannya dengan penuh waspada.
- Elakkan daripada meletakkan objek yang berat di atas permukaan laptop, kerana ia berkemungkinan besar akan menyebabkan skrin laptop anda rosak.
- Berhati-hati terhadap cecair yang berdekatan dengan laptop anda untuk mengelakkan tumpahan yang tidak disengajakan.
- Untuk mengelakkan kecelekaan yang tidak diingini, pertimbangkanlah untuk membeli bag, sarung atau kes perlindungan bagi laptop anda agar risiko kerosakkan pada alat elektronik tersebut lebih rendah.
Dengan menerapkan beberapa amalan penjagaan asas ini di rutin harian anda, jangka hayat laptop anda boleh dipanjangkan serta dapat memastikan bahawa ia terus berfungsi di tahap yang terbaik.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech