Cara Format Laptop Sendiri di Rumah Mudah & Selamat

Format laptop adalah langkah penting untuk membersihkan operating system yang rosak atau perlahan. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa perlu menghantar ke kedai. Berikut adalah panduan lengkap untuk format laptop sendiri di rumah dengan mudah dan selamat.

Langkah 1: Persediaan Sebelum Format

Sebelum memulakan, pastikan anda sudah bersedia:

  1. Backup Data Penting: Salin semua fail penting ke external drive, Google Drive, atau perkhidmatan cloud storage lain.
  2. Pastikan Ada Fail Operating system: Download fail installation Windows dari laman rasmi Microsoft dan simpan dalam USB (minima 8GB). Anda boleh gunakan alat seperti Rufus untuk menjadikannya bootable.
  3. Semak Kunci Produk Windows: Jika menggunakan Windows asal, pastikan anda mempunyai kunci produk. Biasanya ia tersedia di pelekat laptop atau dalam akaun Microsoft.
Rufus
Rufus

Langkah 2: Mulakan Proses Format

  1. Sambungkan USB Bootable: Masukkan USB yang mengandungi fail pemasangan Windows.
  2. Masuk ke BIOS: Restart laptop dan tekan butang seperti F2, F10, F12, atau Delete (bergantung pada jenama laptop) untuk masuk ke BIOS.
  3. Tetapkan Boot dari USB: Dalam BIOS, ubah Boot Priority untuk menjadikan USB sebagai pilihan pertama. Simpan perubahan dan keluar dari BIOS.
  4. Mula Proses Pemasangan: Laptop akan restart dan memulakan pemasangan Windows dari USB. Pilih bahasa, zon waktu, dan klik Install Now.

Langkah 3: Format dan Install Windows

  1. Pilih Partition: Apabila diminta memilih tempat untuk install Windows, pilih Drive C:. Jika perlu, klik Format untuk memadam data lama.
  2. Install Windows: Klik Next untuk memulakan pemasangan. Laptop akan restart beberapa kali semasa proses ini.
  3. Konfigurasi Awal: Setelah pemasangan selesai, tetapkan nama pengguna, kata laluan, dan sambungkan ke Wi-Fi.
Windows 11
Windows 11

Langkah 4: Install Driver dan Software

  1. Install Driver: Gunakan CD driver dari pengeluar laptop atau download driver terkini dari laman rasmi jenama laptop anda.
  2. Install Software Penting: Install aplikasi seperti Microsoft Office, antivirus, dan software lain yang anda perlukan.

Dengan langkah-langkah ini, laptop anda kini sudah sedia digunakan seperti baru. Pastikan anda menjaga laptop dengan baik untuk prestasi yang lebih tahan lama!

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top