AMD vs Intel – Perbandingan Harga Dan Prestasi 2022

Content creator atau gamers pasti tahu perbezaan antara AMD dan Intel. Kedua-dua processor ini saling bersaing antara satu sama lain selama bertahun-tahun.

Oleh kerana persaingan sengit antara AMD dan Intel, agak sukar untuk memilih processor atau graphic card yang terbaik untuk anda.

Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa lagi untuk membuat keputusan. Ingin tahu perbezaan antara processor Intel dan AMD? Tolong baca sampai habis!

Harga AMD

Kemunculan CPU Ryzen AMD generasi baru meletakkan kedudukannya setanding atau mengatasi harga Intel. Sebagai contoh, AMD Ryzen 9 3950X dengan harga pasarannya sekitar RM2900.

Namun, AMD Ryzen 3 3300X / AMD Ryzen 3 3100 yang berharga sekitar RM600 atau lebih juga terdapat di pasaran. Prestasinya juga bagus dan harganya juga berbaloi untuk pelbagai kegunaan.

Ryzen 9 3950X mempunyai lebih banyak memory cache dan processing yang lebih pantas. Ia juga mampu menyimpan sehingga empat profil berbeza untuk prestasi berbeza dan juga mempunyai setting untuk overclock.

Jadi sama ada anda seorang gamer biasa atau gamer tegar, animator atau graphic designer, anda akan sentiasa mendapat prestasi yang terbaik dari CPU anda.

Harga Intel

Bagi Intel, processor i9-9900K generasi baru berharga sekitar RM1900 dan membolehkan anda menggunakan 8 “cores” dan juga “integrated graphic”.

Untuk perbandingan harga, semestinya Intel lebih mahal dari AMD. Itu kerana Intel telah lama dikenali sebagai processor terbaik untuk kerja dan gaming berbanding AMD, yang membazir kuasa dan mudah overheat.

Tetapi kini AMD telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh membuat processor yang lebih murah dan berkemampuan mengalahkan processor Intel.

Jika anda sedang mencari CPU pada bajet yang lebih rendah, pilih AMD.

Prestasi AMD

Secara keseluruhan, kedua-dua processor AMD dan Intel mempunyai prestasi yang baik. Semuanya bergantung pada tujuan ia digunakan sama ada anda menggunakan untuk kerja biasa atau bermain game.

Hanya beberapa CPU yang mempunyai “integrated graphic” yang dikenali sebagai Accelerated Processing Unit (APU) iaitu AMD Athlon 240GE yang dijual sekitar RM300 dengan “integrated graphic” Radeon Vega 3.

Ia sesuai untuk medium gaming dan video streaming yang menawarkan pemaparan grafik berkualiti tinggi pada harga yang rendah. AMD Ryzen 3 3300X / AMD Ryzen 3 3100 mungkin memerlukan budget yang lebih tinggi, tetapi prestasinya juga lebih baik dan untuk pelbagai kegunaan, ia adalah berbaloi.

Untuk multitasking dan kerja seharian, AMD Ryzen menawarkan banyak PCIe lanes di mana anda boleh menggunakan lebih banyak Solid State Drive (SSD) untuk “boot up” komputer dengan lebih pantas.

Tetapi, AMD lebih mudah overheat berbanding Intel, jadi anda memerlukan kipas tambahan atau sistem penyejukan cecair CPU untuk elakkan masalah overheat.

Prestasi Intel

Untuk Intel, setiap cip telah diintergrated dengan grafik Intel HD atau Iris , jadi tidak kira apa pun CPU yang anda pilih, anda boleh bermain banyak game atau strim video. Jika AMD, anda memerlukan GPU lain untuk game yang memerlukan grafik.

Kesimpulannya, kedua-dua processor ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dari segi harga dan prestasi. Untuk kerja yang memerlukan rendering, processor Intel lebih sesuai dan laju. Tetapi untuk harga yang mampu milik, processor AMD adalah yang terbaik.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top