Internet Terputus? Tak Dapat Kerja? Ini Yang Anda Patut Tahu

Jika internet terputus semasa bekerja dari rumah, anda mungkin tidak dapat mengakses fail yang disimpan dalam cloud storage.

Nasib baik, banyak penyelesaian cloud storage membenarkan anda synchronize fail supaya anda boleh mengaksesnya walaupun tanpa internet.

Berikut adalah cara untuk melakukannya dengan mudah.

1. Sync Cloud file Menggunakan OneDrive

OneDrive sudah tersedia di Windows dan mudah digunakan untuk menyimpan fail secara lokal. Ini bermakna anda boleh mengakses fail walaupun tiada internet.

Langkah-langkah:

  1. Buka OneDrive dalam File Explorer.
  2. Klik kanan pada fail yang ingin diSync untuk kegunaan offline.
  3. Pilih Always keep on this device.

Kelebihan:
Fail anda akan sentiasa tersedia untuk digunakan dan akan diSync semula apabila internet kembali.

imgi 2 onedrive make file available offline windows

2. Aktifkan Offline Mode di Google Drive

Google Drive juga membenarkan anda mengakses fail walaupun tiada internet. Anda perlu mengaktifkan offline mode terlebih dahulu.

Langkah-langkah:

  1. Log masuk ke Google Drive.
  2. Klik ikon gear di kanan atas dan pilih Settings.
  3. Pilih General, kemudian tandakan Make available offline.

Kelebihan:
Fail yang dipilih akan disimpan pada peranti dan boleh digunakan walaupun tanpa sambungan internet.

imgi 2 settings google drive
imgi 2 offline check google drive
imgi 2 make files available offline google drive

3. Sync Fail Dropbox untuk Digunakan Offline

Dropbox juga membolehkan anda menyimpan fail untuk digunakan tanpa internet.

Langkah-langkah:

  1. Install aplikasi Dropbox di Windows.
  2. Log masuk ke akaun Dropbox.
  3. Klik kanan pada fail dan pilih Dropbox > Make available offline.

Kelebihan:
Fail anda akan diSync secara lokal dan boleh digunakan walaupun tanpa internet.

imgi 2 make files offline dropbox windows

4. Penyelesaian Lain

Jika anda menggunakan cloud storage lain seperti iCloud atau Box, semak settings untuk mengaktifkan akses offline.

Kebanyakannya mempunyai cara untuk menyimpan fail secara lokal di peranti anda.

Kesimpulan:

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, fail anda akan sentiasa tersedia walaupun internet terputus. Anda boleh terus bekerja tanpa gangguan. Pastikan untuk memeriksa cloud storage anda dan menyediakan fail yang diperlukan untuk kegunaan offline.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top