Cara Selesaikan Masalah No Bootable Device

Semua pengguna laptop ataupun desktop pasti pernah mengalami masalah error yang keluar di skrin apabila boot up Windows.

Pelbagai error yang keluar tapi hari ini saya akan bincangkan tentang error No Bootable Device.

Berdasarkan pengalaman saya, error ini terjadi kerana operating system yang tidak dapat dikesan.

Apabila operating system tidak dapat dikesan, maka Windows akan mengeluarkan error seperti ini.

1
No bootable device

Kita semua tahu operating system ini ialah Windows. Samada ia Windows 7, 8, atau 10.

Ia adalah operating system dan diinstall di dalam storage seperti hard disk atau SSD.

Step By Step Cara Atasi Masalah No Bootable Device

Jadi apabila berlaku perkara seperti ini, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah hardware inspection.

Kita kena periksa kedudukan hard disk atau SSD tersebut.

Kemungkinan besar ianya longgar. Unplug dan plug in semula hard disk tersebut dan tengok jika error sebelum ini hilang atau tidak.

Hard disk installation
Hard disk installation

Jika errornya hilang, maka masalah anda cuma hard disk yang longgar.

Jika tidak hilang, buka hard disk tersebut dan jadikan ia sebagai external hard disk.

Seterusnya cari mana-mana laptop atau pc dan plug in hard disk tersebut.

Jika hard disk itu dapat dikesan, kemungkinan besar Operating System anda bermasalah atau corrupted. Anda kena format semula.

Jika hard disk tidak dapat dikesan, saya percaya hard disk tersebut telah rosak.

Anda perlu berjumpa dengan specialist untuk membaiki hard disk tersebut.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Video di bawah ini perkongsian saya membaiki laptop pelanggan saya yang mengalami error seperti ini.

Jika anda telah melakukan semua perkara diatas tetapi tidak berhasil, anda kena beralih ke SSD. Apa itu SSD? Apakah kelebihannya? Semuanya saya ada bincangkan di sini.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.

Contact us : https://linktr.ee/joeycomputerrepair

Scroll to Top